Monday, October 11, 2010

Mitsubishi Bakal Perkenal Model Kereta Paling Popular di Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kereta kompak ASX Crossover buatan Mitsubishi Motors yang mendapat sambutan hangat di peringkat sejagat, akan mula dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Pelancaran rasminya dijangka pada awal November ini. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengimport dan pengedar kenderaan berkenaan di negara ini, akan mula menerima tempahan pada 8 Oktober ini. MMM dalam kenyataannya, ciri utama ASX adalah saiznya dan lebih kompak berbanding kenderaan utiliti sukan (SUV) lain, selain menawarkan tempat duduk lebih tinggi.

''ASX menawarkan kemudahan yang ada pada kereta penumpang dan juga SUV,'' jelasnya.
ASX akan digerakkan dengan enjin 2.0 liter 16-injap berdasarkan sistem MIVEC Mitsubishi.
''Daripada segi kelengkapan, ASX didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), dua beg udara di hadapan beserta beg udara pada bahagian hadapan lutut pemandu.
''Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk kulit, sistem audio skrin, kamera untuk mengundur serta sistem LCD pelbagai maklumat,'' jelasnya.

Kereta berkenaan ditawarkan dalam lima warna, dengan anggaran harga import dari Mitsubishi Jepun adalah RM140,000 bagi semenanjung Malaysia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...