Friday, October 8, 2010

Hubungan Fasha Sandha dan Jejai Kembali Mesra

SEJAK membuat pengakuan berani matinya tiga bulan lalu mengenai hubungan cinta antara aktres jelita Fasha Sandha, 26 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, tanpa berselindung, pasangan itu kembali muncul di khalayak ramai. Bertempat di Restoran Bora Ombak, Ampang, majlis Aidilfitri yang dianjurkan Fasha lebih bermakna apabila kekasih hatinya itu hadir memenuhi undangannya.
Tiada lagi yang perlu disembunyikan, pasangan yang dihimpit pelbagai kontroversi sejak keruntuhan rumah tangga Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai bersama Nora Danish itu tampak mesra berbual manja.Kemesraan itu membuatkan wartawan media yang hadir terus menerpa Fasha sejurus tamatnya majlis itu untuk bertanyakan status terkini hubungan mereka selepas Jejai sekeras-kerasnya enggan ditemubual

Sumber: UTUSAN

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...