Thursday, October 21, 2010

Giliran Wayne Rooney Bakal Meninggalkan Manchester United

MANCHESTER, United Kingdom – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengesahkan, semalam bahawa penyerang handalan Wayne Rooney menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu.
“Saya telah bertemunya. Dia menjelaskan kepada saya bahawa dia mahu berhijrah,” kata Ferguson yang mengakui terkejut dan kecewa mendengarnya. Desas-desus mengenai masa depan Rooney di kelab itu kedengaran beberapa hari selepas Ferguson menggugurkan pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu bagi pertembungan Liga Perdana dengan West Bromwich Albion, Sabtu lalu. Ia hanya tiba beberapa hari selepas Rooney terang-terangan menyanggah dakwaan Ferguson bahawa dia masih dibelenggu cedera buku lali dengan memberitahu wartawan dia cergas sepenuhnya.

Ferguson akhirnya membuka mulut mengenai desas-desus itu pada satu sidang akhbar pagi semalam, mengesahkan bahawa Rooney meminta untuk meninggalkan Old Trafford tetapi menafikan wujud perbalahan dengan pemain itu. Ferguson yang terkejut berkata, dia mula menyedari keinginan Rooney itu mahu berpindah sebelum musim baru apabila dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif United, David Gill. “Ia paling mengecewakan apabila dia mahu berpindah. Kami tidak dapat memahaminya dan saya begitu bingung dengan keputusannya itu. “Kami perlu membiarkan pintu terbuka kerana dia memang seorang pemain yang bagus,” kata Ferguson yang menaruh harapan tinggi agar karier United Rooney dapat diselamatkan. “Kami melakukan semuanya untuk membantunya sejak dia datang ke kelab ini, itu sebabnya keputusannya itu menjadi satu misteri kepada kami. “Kami telah membantunya dalam kehidupan peribadinya dan perkara lain. “Jadi kami bingung seperti sesiapa sahaja kerana kami tidak dapat memahami mengapa dia mahu meninggalkan sebuah kelab yang berjaya seperti kami dalam bola sepak Britain,” katanya.

Sementara itu, akhbar The Guardian melaporkan, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pula dilaporkan berminat dengan Rooney jika pemain terbabit mampu memikirkan peranan yang sanggup didukungnya apabila berpindah ke Stamford Bridge. Dalam pada itu, City sebaliknya memutuskan mereka wajar melakukan segala yang terdaya untuk mengambil kesempatan keretakan hubungan pemain itu dengan Ferguson. Brian Marwood, pentadbir bola sepak City mempunyai hubungan yang lama dengan penasihat Rooney, Paul Stretford dan rapat dengan pemain itu, malah pernah bekerja di Nike, salah satu penaja Rooney. City pada masa ini tertekan untuk mengurangkan tangga gaji pemain demi memenuhi keperluan peraturan kewangan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), namun mereka tenang berdepan isu itu dan percaya ada jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika mereka memperoleh Rooney keluar Old Trafford dengan bayaran gaji RM1.23 juta (250,000 pound) seminggu, mereka masih mampu menampungnya dengan menjual satu atau dua pemain seperti Roque Santa Cruz dan Craig Bellamy. – Agensi

2 comments:

Me said...

huhu..sedih tol rooney nak tggalkan MU..ntah nak harap kat sape lg..harp2 rooney kuar dr epl..p barcelona k..

nurizan said...

sengal tu rooney.. orang duk bekap dari kes sosial dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...