Sunday, September 26, 2010

Perang Iphone 4: Pakej Maxis

 KUALA LUMPUR 24 Sept. - Maxis Bhd., mahu pengguna iPhone 4 menikmati pengalaman rangkaian akses data berkelajuan tinggi yang lebih baik, bukan mahu mencetuskan perang harga. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, ia bukan mengenai harga yang lebih murah atau yang lebih mahal tetapi lebih menjurus kepada pengalaman dalam rangkaian data. Beliau menambah, rangkaian generasi ketiga (3G) milik Maxis jauh lebih besar daripada operator lain.






"Kami menguasai 60 peratus liputan rangkaian 3G negara ini," katanya sempena pelancaran iPhone 4 di Malaysia malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang harga yang berbeza-beza bagi iPhone 4 yang ditawarkan oleh satu lagi pengendali. Maxis menawarkan empat pelan baharu iValue bagi pelanggannya -- iValue 1, iValue 2, iValue 3 dan iValue 4 -- masing-masing pada harga RM100, RM155, RM250 dan RM375 sebulan. Selain memperkukuh dan menaikkan taraf rangkaian terasnya, kata Das, Maxis juga sedang membangunkan ekosistem kandungan yang akan memenuhi keperluan pengguna pada masa akan datang.

"Ini termasuklah perkongsian dengan penyedia kandungan dan pengeluar peranti dunia dan tempatan, serta berusaha mempermudah dan memperkaya antara muka, aplikasi dan portal akses pengguna," katanya.

Beliau berkata, bekalan menampung permintaan mencukupi kerana Maxis menerima peruntukan besar daripada Apple. Das memberi jaminan telefon pintar itu tidak mempunyai masalah antena kerana Maxis menawarkan sistem kendalian versi terbaru, iOS4. Selepas pelancaran, pelanggan-pelanggan boleh membeli telefon berkenaan di pusat-pusat Maxis terpilih di Lembah Klang, Kuala Lumpur City Centre, Sunway, Pavilion, Gardens dan Taman Tun Dr. Ismail pada 26 September.

Telefon itu boleh didapati di seluruh negara di semua pusat Maxis dan rakan kongsi eksklusif Maxis pada 27 September. Sementara itu, sumber Maxis memberitahu Utusan Malaysia, setelah tujuh jam pelancaran telefon pintar iPhone4, sebanyak 3,000 buah telefon tersebut berjaya dijual di Lembah Klang dengan tempahan dalam talian 65,000 buah di seluruh negara.Malah, orang ramai ramai dikatakan berbaris seawal pukul lapan malam, semalam untuk mendapatkan telefon pintar tersebut yang dilancarkan pada tengah malam tadi.

Sumber : UTUSAN

2 comments:

akubiomed said...

Saya tunggu menang pertandingan iPhone 4 oleh Nuffnang

nurizan said...

wahh ada pertandingan eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...