Wednesday, May 5, 2010

Makanan Tengah Malam yang Lazat dan Menyelerakan di Otai Burger

Apakah makanan tengah malam yang senang, cepat dah mudah didapati? Bagi aku paling mudah adalah burger. Malam ini aku pergi masukkan cek yang lambat ditulis sebab biasanya sebelum 28hb setiap bulan tapi kali ini dah jejak sampai 04hb. Tempat rutin yang kena pergi adalah Shell berhampiran dengan Summit USJ dan Affin Bank kat Taipan USJ.



Biasanya memang agak lewat malam aku keluar menuju destinasi tersebut. Jadi bila dah lewat tu anak dan wife duk kat rumah aje la. Dah selesai masukkan cek mula berfikir untuk mencuba burger pulak. Kat area USJ ni memang ramai yang bukak stall burger dan kebanyakannya sentiasa ada orang. Selain kualiti kesedapan faktor kepantasan menyediakan burger juga memainkan peranan penting untuk menarik jumlah pengunjung yang ramai.



Jadi tempat yang aku pergi adalah stall burger OTAI. Tengok dari segi kebersihan dan kecekapan peniaganya memang bagus. Aku order tak sampai 5 minit dah siap. Kalau kat tempat mau setengah jam pun tak siap2. Lokasi stall tersebut berhadapan dengan Petronas USJ 9. Kalau anda berada berhampiran dengan USJ bolehla datang mencuba. Setelah menggoogle baru aku tau betapa hebatnya perniagaan OTAI burger ini, kalau tidak percaya boleh la baca di Official Website


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...