Monday, May 3, 2010

Futsal EX-TIKL 94/95 Bersama Artis Era.FM



Hari sabtu lepas berlangsung pertandingan futsal untuk bekas pelajar TIKL iaitu Technical Institute Kuala Lumpur. Dalam bahasa melayunya adalah Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan sejarah, TIKL berada di Bandar Tun Razak, Cheras berdekatan dengan Stadium DBKL dan HUKM.
Seawal bulan 3 pihak yang berusaha untuk mengumpul kembali bekas pelajar TIKL terutamanya bekas pelajar 94/95. Perbincangan dan perancangan telah dilakukan melalui laman sosial terkemuka iaitu Facebook. Ramai yang memberi respon positif untuk menyertai futsal ini yang dijalankan di Sportsplanet Seksyen 16 Shah Alam. Jenuh jugak la aku nak mencari sebab bila lalu kat bulatan tu nampak tulisan Sportsplanet tersebut takde signboard.



Dari respond tersebut dapatkan ditubuhkan pasukan futsal dimana setiap kelas menghantar satu pasukan. Jumlah pasukan yang berjaya dikumpul adalah 4 pasukan dari batch 94/95 iaitu Jentera 1 (United Mechanical Rovers), Jentera 2, Elektrik 1 dan gabungan antara Elektrik 2 + Awam kerana tak cukup player. Game bermula tepat pukul 3 petang kerana booking memang start pukul 3, hehe...

Sepanjang game masing-masing enjoy kerana disamping ingin merapatkan hubungan kerana sudah hampir 15 tahun tidak berjumpa, terdapat juga player yang tak cukup 'angin' kerana badan dan stamina masing2 dah 'mantap2' belaka. Dari sesi borak2 ketika team lain bermain, masing2 mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan. Dari info2 terbaru, masing2 berada tidak jauh antara satu sama lain, cuma tak tahu sahaja perkara tersebut. Selepas ini bila2 free bolehla berjumpa dan berborak2.



Apa kaitan tajuk entry dengan cerita ini? Mana artisnya? Sebenarnya salah seorang DJ ERA.FM adalah dari batch kitaorang. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat SINI.



Selepas masing2 menerima hadiah masing2 sebagai kenangan dan bukti, sesi bergambar kenangan pun dilakukan. Masing2 berharap agar pertemuan sebegini dapat dilakukan dengan lebih kerap kerana selain dapat mengeratkan silaturrahim, ia juga dapat memberikan info2 terhadap perkembangan diri masing2


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...