Tuesday, May 4, 2010

Alza Owner Car Sebelum dan Selepas Memasang Lowered Spring Alza



Bagi yang mempunyai dan ingin mempunyai kereta terbaru Perodua iaitu Perodua Alza, di sini ada cara untuk mencantikkan appearance kereta Alza anda. Bagi yang betul2 obses pada kereta, memasang Lowered Spring pada kereta yang baru dibeli adalah perkara biasa walaupun dengan melakukan perkara demikian warranty untuk suspension akan terbatal. Selain itu memasang skirting dan menukar rim+tayar yang lebih besar dari yang asal adalah satu lagi option yang sangat popular dan sering dilakukan kepada kereta2 mereka.

Mungkin ada yang akan bertanya,

Apa faedahnya menukar Lowered Spring kerana ini akan membatalkan warranty pada suspension kereta?

Nampaknya bagi penggemar kereta, appearance kereta lebih penting dari warranty yang terbatal agaknya. Itu yang berlaku pada kereta Alza yang akan di tunjukkan gambarnya. Kereta ini baru keluar 2 minggu (boleh lihat pada nombor pendaftaran) dan sudah dipasang Lowered Spring dengan harapan appearance kereta tersebut nampak lebih menarik


Ini adalah keadaan kereta tersebut sebelum dipasang dengan Lowered Spring. Jarak antara tayar dan fender sangat banyak dimana biasanya orang akan ukur dengan jari. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengukur dengan jari anda sendiri dimana bahagian depan lebih kurang 4 ke 5 jari dan belakang biasanya lebih tinggi iaitu 5 ke 6 jari.

Berikut pula adalah gambar selepas dipasang dengan lowered spring dimana bahagian depan lebih kurang 2 ke 3 jari sahaja.


Berikut pula adalah gambar selepas dipasang Lowered Spring di mana bahagian belakang lebih kurang 3 jari sahaja.




Ini pula adalah pandangan sisi kereta tersebut selepas di pasang Lowered Spring. Nampak menarik bukan? Anda berminat untuk mendapatkan lowered spring tersebut? Sila tinggalkan komen anda atau menghubungi terus dengan menghantar email kepada eiman23x@jiwang.ws


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...