Saturday, April 24, 2010

Tournament Bowling yang Menyesatkan di Metropoint Kajang

Seawal pagi dah keluar untuk aktiviti hari Sabtu. Plan hari ini dah penuh sampai ke malam. Start keluar rumah pergi rumah kakak untuk ambik baju yang ditempah. Kemudian pergi pula ke Puncak Alam untuk berjumpa kawan wife zaman2 sekolah. Cerita punya cerita rupanya dia kenal abg yang supply gula kapas kat tempat dia tu.

Kemudian gerak ke Kajang untuk tournament bowling. Tempatnya aku pun ingat2 lupa aje, seingat aku kat Metro Kajang. Bila dah masuk parking yang sempit kat situ, tanya kat brader kat kedai situ dia bagitau "Sini mana ada tempat main bowling?" HaH?? Dah tu kat mana tempat nak main nih?

Brader tu pun bagitau tempat yang ada bowling kat Metropoint Kajang depan Hospital Kajang. Ohhhh baru teringat ada orang bagitau area depan hospital, tapi tak ingat namanya. Apalagi buat muka selamba dan terus gerak ke tampat yang betul. Baru teringat nape tak guna Google Map untuk cari tempat tu. Selalu pegi opis pun duk sibuk pakai google map tu.

Sesampai aje kat Metropoint Kajang terus pegi kat tempat main bowling tersebut. Dah ramai orang sebab tadi sempat singgah kat secret recipe makan dulu. Bila check kat tempat daftar tu ramai lagi yang belum/tak datang. Team aku pun dah disqualfied sebab lambat, tapi still bleh main lagi. Aku yang kurang terer pun bedal aje la main, maklumlah game free. Abis aje game terus gerak balik sebab nak bawak Khalisah pergi klinik sebab demam..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...