Saturday, April 17, 2010

Sabtu Layan Movie kat Rumah

Hari sabtu yang dinantikan sudah tiba, kali ni agak relax skit sebab takde plan ke mana2. Minggu2 sebelum asik ada aje aktiviti sepanjang sabtu/ahad. Sepatutnya join tournament bowling anjuran alumtek TIKL sebab tetiba ada reminder kat BBerry ni, baru tau dia auto masuk dari FBook. Bila baca rupanya kena bayar awal, sah2 tak bleh join

Pagi tadi duk lepak2 aje kat rumah, then petang ni plak wife ngan anak gi KL jumpa client Takaful, ada ajak tapi malas plak nak ikut. Jadi duk kat umah ni sambil usha2 laptop sebab ada banyak dah download movie tapi satu pun tak tgk lagi. First try tadi tengok movie Jackie Chan The Spy Next Door. Baru tengok tak sampai 10 minit dah menjengkelkan dan tak minat sebab ada unsur2 jiwang plak, kalau pelakon lain ok la, ni pelakon aksi.

Terus aku usha movie lain, ada citer Santau, Adnan Semp-it dan lain2 lagi. Tapi tertarik dengan tajuk Ninja Assasin, mesti filem aksi sebab tajuk pun dah ninja kan. Setelah tgk starting agak menarik terus melekat untuk tengok sampai abis macam ni. Ni pun menaip kat BBerry sambil layan movie, padahal laptop ada sebelah. Rasanya guna phone lagi banyak nak ditulis sebab taipnya lambat2 idea dah datang, kalau taip guna keybod cepat idea tak datang plak. Jom layan movie!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...