Wednesday, April 21, 2010

Perlawanan Hebat antara Inter Milan dan Barcelona

Perlawanan yang menarik antara kedua dua pasukan dalam pertandingan Liga Juara Eropah awal pagi ini. Aku tak plan pun nak tengok game ini dan tak plan pun nak berjaga.

Asalnya duk godek2 free hosting dan cuba untuk masukkan wordpress dalam hosting tersebut. Ternyata tidak semudah yang aku sangka. Aku ingatkan install dam boleh terus guna, tapi settingnya yang tak jadi2 dan setelah hampir 3 jam masih tidak menjadi aku pun dah naik malas/bengang. Bila tengok jam dah 230 pagi.

Sambung terus tengok game antara Inter Milan menentang Barcelona. Game start aje aku rasa dah menarik sebab permainan berlangsung dengan pantas, gerakan2 pantas terutama dari pemain Inter Milan. Pemain Barcelona nampak galabah dan kelam kabut.

Tapi gol pertama dijaringkan oleh pemain Barcelona dan game trus bertambah menarik. Memang respek dengan taktik Jose Mourinho la. Messi langsung tak dapat bergerak bebas kerana kawalan ketat dari pemain pertahanan Inter

Kesudahannya Inter berjaya menewaskan Barcelona dengan bergaya sekali, syabas Inter Milan dan Jose Mourinho!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...