Tuesday, April 20, 2010

Pengguna Facebook dapat 41% Share!

Sesiapa pengguna facebook angkat tangan! Pagi2 bukak twitter dah dapat info pasal penggunaan facebook sudah mencapai sehingga 41% dari keseluruhan laman web sosial. Trend ini semakin meningkat untuk menyaingi laman web sosial paling popular iaitu Youtube.com.

Laman web sosial yang lain agak kurang menyerlah seperti Friendster, Myspace, dan lain2 lagi. Manakan tidak pengguna Facebook semakin meningkat, pihak kerajaan pun menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai laman web sosial ini. Pihak kerajaan yang membuka akaun Facebook melalui Facebook.com/1malaysia (betul ke? Sebab aku tak join lagi).

Tapi kat opis kerajaan tak bole guna facebook pulak, macamana nak aktif? Tapi kalau dibolehkan guna kat opis memang jem la line kat kaunter2 perkhidmatan orang ramai. Jadi apa pendapat anda tentang laman web sosial? Berguna atau tidak?




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...