Tuesday, April 27, 2010

Kenapa Nasi Kerabu Sangat Popular Di Malaysia?


Nasi kerabu adalah berasal dari negeri Kelantan. Ada pelbagai jenis kerabu yang semuanya sedap2 belaka bagi penggemarnya. Terdapat beberapa varian nasi kerabu yang pernah aku nampak dan rasa dan perbezaan yang ketara adalah dari warna nasi itu sendiri. Ada yang menggunakan pewarna ada juga yang menggunakan sejenis bunga untuk memberikan warna seperti warna biru pada nasi tersebut. Ada juga nasi yang berwarna kuning, tapi aku tak tau plak warna kuning ni pakai pewarna atau kunyit. Rasanya tetap sedap jugak! Hehe

Bagi aku kalau balik kelantan mesti nak rasa/makan nasi kerabu, dan biasanya kat sana tu mana2 kedai pun sedap. Kalau kat Kelantan pun dah tak sedap kat negeri lain dah tentu kurang sedap. Kalau kat kelantan, warna nasi biasanya berwarna kuning berbanding kalau kat tempat2/negeri2 lain biasanya berwarna biru. Jadi tempat yang aku suka makan nasi kerabu kalau waktu cuti sabtu atau ahad adalah area Seksyen 18 shah alam, area belakang rumah lama ziana zain. Kalau tak tau area mana ia berhampiran stesen Komuter Shah Alam.




Kalau waktu kerja di Port Klang, tempat yang selalu aku kunjungi adalah di gerai makanan bersebelahan pasar basah port klang. Aku pun kurang pasti apa nama kawasan itu tapi berhampiran stesen bas Port Klang. Bagi anda yang mempunyai tempat2 makan yang menarik untuk dikunjungi boleh kita kongsikan bersama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...