Friday, April 23, 2010

Hari yang Cerah, Tak Nampak Jalan Masa Drive?

Pagi tadi keluar rumah nak pergi kerja agak lambat. Bangun dah cepat dan dah siap2 pun cepat, tapi bila semua dah siap awal ada pulak lebihan masa yang banyak untuk menanti pukul 7 pagi. Biasa pukul 7 baru gerak.

Duk ralit2 berinternet kejap, sedar2 dah terlewat. Jadi dengan pantasnya start enjin kereta dah BUZZ ke Bangi. Biasanya dari USJ ke Bangi dalam 45 minit tapi pagi tadi gerak 7:22 pagi dan sampai Bangi pukul 7:56 pagi. Masuk kerja pukul 8, nak parking lagi, nak jalan masuk office lagi, nak clock in lagi. Jgn bimbang, jam sudah diset awal 12 minit, hehe

Tapi masa drive pagi tadi cahaya matahari memang menyilaukan, langsung tak nampak jalan. Berpandukan garisan putih aku pun drive dengan 'berhati-hati' dengan kelajuan yang 'dibenarkan' untuk kereta aku. Agaknya sebab orang lain bawak selow tu yang aku boleh sampai awal kat opis.

Pesanan: Sila memandu dengan kelajuan yang dibenarkAn.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...