Tuesday, April 13, 2010

Blog Berwajah Baru dengan DISQUS Comment, Selamat Tinggal Intensedebate



Setelah beberapa hari aku mengadjust template blog ini, akhirnya secara rasmi blog aku telah bertukar wajah dengan beberapa tambahan dan pengurangan untuk menjadikan ia lebih menarik (ok kah?). Antara perubahan yang paling ketara adalah warna template blog ini dimana sebelum ini ia berwarna gelap dan nampak underground. Setelah melihat dah meneliti blog orang lain terutama inspirasi dari blog otai semuanya menggunakan warna cerah dan simple.

Jadi aku pun turut sama mengikut jejak diaorang untuk menggunakan template yang cerah, walaupun blog aku tak la popular, at least mengikuti arus perkembangan semasa jugak la. Template ini adalah berdasarkan template twitter yang aku rasa simple dan menarik, loading page pun agak lancar kerana tidak mengandungi banyak gambar di tepi kecuali diruangan posting ini.

Satu lagi perubahan ketara adalah dari segi komen. Sebelum ini aku menggunakan default comment dari blogspot, kemudian bertukar menggunakan Intensedebate kerana mahu menggunakan plugin CommentLUV. Dari segi penggunaan agak menarik dan mudah, cuma yang aku tak suka adalah dari segi Moderation nya. Setiap komen yang masuk terpaksa aku approved dimana Intensedebate tidak mempunyai fungsi auto approved untuk komen2 yang masuk.

Setelah berpuas hati dengan Disqus, walaupun semasa proses menginstall terpaksa dengan cara manual disebabkan template ini asalnya sudah dioptimize kan. Masalah utama yang aku hadapi dengan Disqus adalah aku tersilap/tak boleh import komen2 lama, jadi segala komen sebelum ini hilang begitu sahaja. Satu lagi masalah aku dengan Disqus adalah jumlah komen tidak appear frontpage blog ini. Setelah menggoogle beberapa jam akhirnya aku berjaya menjumpai caranya. Kalau anda mempunyai masalah yang sama boleh la mempraktikkan cara ini.

Sebelum
Selepas

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menukarkan code seperti di website ini

Jika anda sudah mencuba dan tidak mendapat seperti yang dikehendaki boleh mengajukan soalan agar kemuskilan dapat diselesaikan, InsyaAllah.

Apakah komen ada dengan wajah baru blog ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...