Wednesday, March 10, 2010

Raja Lawak Astro vs The Biggest Loser Asia (Result Included!)

Sekarang ini bukak aje astro di sana sini sibuk dengan rancangan realiti tv, yang aku layan starting tahun ini dengan Raja Lawak Astro musim ke 4. Komen aku pasal raja lawak kali ini peserta2 tak sebagus musim2 sebelumnya. Juri yang terlibat yang aku respek Aflin aje, yang bob lokman ok la jugak cuma bila time din beramboi dan pelik2 aje dia komen. Juaranya pun dah diketahui hari Ahad lepas iaitu Kumpulan Kecik. Dari segi kualiti bahan lawak dia ditahap yang ok2 aje. Secara keseluruhannya aku sokong Alex yang sentiasa memberikan lawak secara bijak, cuma nasib tidak menyebelahi dia.




Malam ini pulak Finale untuk The Biggest Loser Asia, layan jugak la sebab tengok usaha peserta yang terlibat bersungguh2 untuk menurunkan berat badan, dan nasib mereka adalah di atas penimbang, kalau usaha mereka lebih maka mereka akan terselamat dari tersingkir. Pertandingan di minggu2 terakhir nampak lebih mencabar disebabkan pertandingan lebih kepada untuk menyingkirkan peserta terakhir dari kumpulan merah iaitu Carlo.


Peserta akhir terdiri dari Carlo, Aaron, Martha dan David. Siapakah bakal pemenangnya? Finale pun di di tunda ke pukul 10 mlm disebabkan masalah teknikal.

Updated! Pemenang adalah
1. King David (Indonesia)
2. Carlo (Filipina)
3. Aaron (Malaysia)
4. Martha (Hong Kong)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...