Monday, March 8, 2010

Nuffnang 1st Cashout!

Setelah beberapa lama menunggu selepas bergiat secara aktif dengan nuffnang, akhirnya penantian memberikan pulangan yang diharapkan. Mungkin bagi sesetengah orang apa la sangat earning dari nuffnang ni, kena rajin buat blog, kena update selalu, kena rajin blogwalking untuk menarik traffic ke blog anda. Matlamat asal berblog adalah untuk meluahkan atau berkongsi blog anda dengan orang lain. Hasil dari nuffnang hanya sampingan sahaja.

Itu adalah pandangan peribadi masing-masing. Setiap orang ada pandangan tersendiri tidak terkecuali jugak aku. Selain dari berblog tak salah kalau dalam masa yang sama mengharapkan hasil dari blog anda. Apa yang perlu adalah rajin dan berusaha, maklumla baru berblog dan tak seglamour blogger yang dah advance dan banyak experience. Jadi my first cashout diharap dapat membuatkan aku lebih aktif untuk berblog. Who know?

 

 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...