Monday, February 22, 2010

Kisah Khalisah Jatuh Tangga

Minggu ni kami balik kampung Meru, start balik pun hari sabtu pagi. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad (21-Feb-10) tengahari. Disebabkan ibu minggu ini sibuk dengan takaful, dia takde masa kejadian ini. Ibu busy kat Giant Batu Caves untuk buat takaful.

Ketika kejadian ada 3 orang kat rumah, termasuk Khalisah ada 4 orang la. Aku tengah tengok TV kat ruang tengah, adik pulak tengok TV kat ruang dapur, mak pulak tengah masak kat dapur. Saksi utama adalah adik yang ada kat ruang dapur. Gambar kat bawah adalah tempat di mana Khalisah berdiri sebelum kejadian.





















Pagar kayu ini telah dibuat lebih kurang 3 ke 4 tahun, dan selama itu takde lagi orang yang jatuh ketika pagar kayu ini dipasangkan. Jadi lepas dah pasang pagar kayu ini takde risau sangat la untuk kejadian yang tidak disangka-sangka macam ini.



Dari penerangan adik yang berada tidak jauh dari tempat ini, khalisah dah panjat sikit atas bendul pintu itu. Lepas itu khalisah turun dari bendul pintu itu, tiba-tiba terdengar jeritan kecil khalisah diikuti jeritan adik yang berkejar untuk cuba menyelamatkan khalisah dari jatuh dari tangga itu.





















Pandangan dari atas tempat khalisah jatuh. Bagi yang tak pernah datang rumah ini mungkin tak nampak betapa tingginya tangga ini.





















Ini pula gambar sisi tangga, A adalah kedudukan khalisah sebelum jatuh, dan B pula tempat khalisah terbaring selepas jatuh. Pada pandangan anda macam mana keadaan Khalisah lepas terjatuh ini? dan bagaimana kecederaan yang terjadi pada khalisah?

10 comments:

luluchen said...

hah!dah tu khalisah mcmana?isk..tinggi tu

nurizan said...

luluchen: agak2 macam mana? hehe

layla said...

huh...ke khalisah ok?dia kan tough..hope xde pape yg mengerikan la...takut paler tu jer..

♥S@R@♥ said...

tinggu tu..(org yg baca ni plak rasa sakit)
hope malaikat lindung n cedera sikit kat dahi kot..

vidadarisakura said...

khalisah ok x?
dui.sakit nya tu.

nurizan said...

layla: memang susah nak jangka apa yang terjadi pada khalisah tu..

nurizan said...

vida: khalisah alhamdulillah

nurizan said...

S@R@: betul gak tu, mak pun cakap camtu gak..

nurizan said...

九份 : tak paham aku camni!

nurizan said...

Ibu bukan busy sgt..Cuma kebetulan masa tu je la.... Ingatkan Ayah & Nenek boleh tengok2 kan.....
Bukan selalu sangat tinggalkan kat Nenek dia....

Ibu Khalisah....... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...