Monday, February 22, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 2

Sambungan dari Part 1

 Hari seterusnya aktivitinya adalah pergi ke majlis perkahwinan kat area Rantau Panjang, Kelantan, kira2 beberapa kilometer aje nak sampai sempadan Thailand. Malangnya perjalanan nak ke Rantau Panjang tu agak jem, tapi nak buat macam mana dah satu jalan itu aje. Sempat jugak la potong belah kiri, pastu masa potong kiri tu ada polis traffic pulak... dah agak2 cuak la sebab kat depan dia tahan kereta yang potong tepi.. Disebabkan sempat masuk lane belah kanan, walaupun hanya satu lane, tapi alhamdulillah terselamat dari di tahan polis.. kereta myvi putih kat belakang tu kena tahan pulak.. hehe..

Sampai kat tempat kenduri keadaan agak panas terik la... masa tu pulak khalisah tido.. banyak pulak hidangan yang ada tapi tak berapa nak makan sangat pun.. ada nasik kenduri (macam biasa tu la) pastu ada laksa, ada roti jala, cendol dan air sirap.. siap ada karaoke lagik.. penyanyi nyer boleh tahan gak suara dia, agaknya diimport dari belah thailand kot..

Tempat yang dituju selepas itu ingatkan nak ke pasar kat Rantau panjang tu tapi tak jadi la.. haluan dituju ke arah Kota Bharu.. disebabkan dah lama tak menjejakkan kereta kat bandar tu hampir semua jalan dah jadi jalan sehala.. susah betul nak parking...pusing2 akhirnya dapat jugak parking kat sebelah restoran nasi ulam.. besar jugak restoran tu..

Disebabkan nak pergi ke pasar Siti Khadijah tu terpaksa la menapak dari parking ke pasar tersebut.. dengan panas2 tu terpaksa mendokong khalisah.. letih+panas jangan cerita la.. ini adalah antara gambar yang sempat aku ambik kat pasar tersebut.

 
 Tingkat 1 tempat beli keropok dan macam2 makanan kering

  
 View dari tingkat 1

  
Panorama yang indah, ambik gambar pun cantik aje..

  
 Aneka jenis kismis untuk Khalisah dan Ibu

  
Keropok lekor ada tak?





















Sesi tawar menawar oleh pelanggan, aku hanya memerhati aje

[kalau ada masa datang la kesini, anda pasti teruja.. sediakan aje duitnya.. hehe]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...