Saturday, January 30, 2010

Hari Jadi Kak Iza - Makan Time

Sambutan hari jadi kakak aku ini diadakan pada hari ahad lepas, kalau ikutkan hari jadi dia 26 Januari, tapi buat advance satu hari. Kalau buat hari isnin siapa pula yang nak datang masa hari bekerja. Seperti biasa kalau ada sambutan majlis hari jadi ke, kenduri doa selamat ke, yang paling penting adalah menu makanannya.. haha.. itu sudah semestinya la, kalau majlis takde makan-makan nak buat apa pulak.





















Majlis kali ini diadakan dirumah kakak aku di Jalan Belimbing, Meru. Sedikit info pasal kakak aku, berumur 40 tahun, suri rumah tangga, tukang jahit di rumah. Jadi kalau sesiapa berminat untuk membuat tempahan baju terutamanya perempuan boleh la mencuba nasib disini.. hehe.





















Menu untuk kali ini menu agak ringkas kalau dibandingkan dengan majlis makan-makan yang lain. Menunya adalah Nasi Ambang, kalau orang jawa sebutannya Nasi Ambeng. mari kita saksikan apa itu nasi ambang seperti gambar kat bawah ini























Menu nasi ambang ini mengandungi, of course nasi putih, sayur (kacang botol/kacang panjang/pucuk ubi/timun), mee goreng, ikan kering, tempe, serunding kelapa, telur rebus, ayam masak kicap, tauhu goreng. Rasanya? dah tentu lah sedap, cara makannya nasi dan lauk tersebut diletakkan dalam dulang dan dimakan secara beramai-ramai.





















Bagi yang tak biasa mungkin agak janggal makan beramai-ramai dalam satu dulang. Kalau dulu nasi ambang ini hanya boleh dirasa/dimakan ketika ada kenduri-kenduri sahaja, tapi sekarang ini bagi yang ingin mencuba boleh beli di pasar malam berhampiran rumah anda, kalau takde kena pergi pasar malam berjauhan rumah anda.. haha.. Dari segi rasa yang beli kat pasar malam ni kurang sedap la kalau dibandingkan dengan masa kenduri. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri baru tahu.

4 comments:

|arieza| said...

wah selama aku bernafas 25thn 25hari ni.. lom penah lg rasa mkn nasi ambeng.. nnt time cuti summer, kot2 aku ngn incik sabarudin g poya2 kt KL, jemput la aku mkn nasi amben kt rumah ko :p hehehe

kulop ludin said...

makan dalam talam yea...
penah sekali dua time belajor dolo...
huhu, bagus untuk belajor tolak ansor, tapi kalau tak biasa.. payah wo...

admin said...

arieza: nanti masa ko kawin sama incik sabarudin pun bleh buat nasi ambeng gak.. pasti meletup!

admin said...

kulop: bagi yang tak biasa mau tak lalu nak makan... sebab tak biasa makan ramai2 camtu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...