Wednesday, January 6, 2010

Ganti RoadTax Baru

Ni dah kira macam dejavu plak.. refer kat post lama kat SINI .. hehe... kira tahun lepas aku buat sekali then kali ni aku buat sekali lagi.

Roadtax aku 'mati' bulan Nov 09 then aku blasah je gi keje.. dengan keadaan kereta yang tak berapa selesa, bunyi sana, bunyi sini... vibrate sana vibrate sini.. belasah je la.. agaknya itu lah penangan keta dah abis bayar kot.. tiap bulan ada je rosaknyer.. kalau rosak yang lain setiap kali takpe gak.. ni asik rosak sama je.. aircond, aircond, aircond.. last2 aku biarkan je la.. cuma kalau time elok tu sejuk la.. kalu time tak elok panas-kena bukak cermin da...

Bila menjelang tahun baru 2010, aku pun tak berlengah lagi... [padahal dah lengah dua bulan..] trus gi buat insurance dengan roadtax sekali.. keta aku tahun 2002 then aku insured RM31,000... ok la tu... campur sana, campur sini... total kena bayar RM600+ untuk insurance+roadtax..


.: Roadtax dah expired :.


.: Roadtax baru yang dihantar oleh MYEG - Scha Alyahya, macam dalam iklan tu :.

Hari ini jugak aku gi usha2 rim lain untuk menggantikan rim GTi yang dah aku pakai dalam 5 ke 6 tahun kot.. dah rabak+bengkang-bengkok.. jahanam tul rim tu.. haha.. aku pun tak plan nak tukar ke rim yang mahal2.. aku tukar ke rim wira SE je.. ok la tu.. 16 inci gak.. haha.. terasa nak tukar sangat sebab baru dapat pakai disc brake+brake pad untuk testing [free la tu] .. selamat duit aku... keh keh keh..

Masa tukar rim tadi tgk keadaan tayar pun dah agak uzur ler.. seketul dah rabak dah siap ada serbuk2 itam kat dalam tayar tu.. ish ish ish.. yang lain2 tu dah tak rata bunga tayarnya.. patut la bunyi macam2.. nak kena tukar tayar gak nih tapi tunggu masa yang sesuai ler.. bila tu... tungguuuu!!...


.: Tukar Rim Wira SE :.


.: Part testing - Absorber+Brake Pad+Disc brake :.

4 comments:

|arieza| said...

tukar keta baru la.. kesian khalisah :p

eiman@nurizan said...

keta utk khalisah dah ada.. maclaren lagik.. huhu

|arieza| said...

hahahaah keta mainan? mencik!

eiman@nurizan said...

kereta sorong daaa... apo la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...