Sunday, January 31, 2010

Econsave Baru Dibuka Sekarang!

Kali ini aku nak review pasal pasaraya Econsave yang baru dibuka kat kampung aku, iaitu Meru. Nama aje kampung dah macam bandar pulak.. haha.. Econsave yang baru dibuka ini terletak di Persiaran Hamzah Alang, terletak disebelah kiri kalau perjalanan dari Pekan Meru ke Pekan Kapar. Lokasinya bersebelahan dengan tokong cina iaitu beberapa meter sahaja dari pekan Kapar.





















Masa aku pergi itu hari Sabtu sebelah petang, agaknya disebabkan baru lagi dibuka orang pun tak ramai, atau memang tak ramai agaknya. Parking pun banyak kosong, biasanya kalau pasaraya2 macam ini jarang ada parking yang kosong, sentiasa full aje.



Masuk aje kat dalam bangunan Econsave tu, ada kedai jual baju dengan harga 50 sen! biar betul? baju apa dengan harga macam tu, tak sempat pulak aku nak jenguk kedai itu sebab tujuan utama nak pergi ke pasaraya itu. Kedai-kedai kat bahagian luar pun banyak lagi yang belum disewa, tunggu masa aje kot, mesti nanti penuh juga.





















Masuk aje dah salah! Biasa kat Giant, Tesco, Carrefour trolley diambil dari luar tapi kat Econsave ni kena masuk dulu baru boleh ambil trolley.. Pelik! Aku perhatikan ramai juga yang tersalah, termasuk aku la.. haha









































Kalau ikutkan dari segi harga, kena pandai buat perbandingan, ada barang-barang yang lebih murah dan ada barang-barang yang lebih mahal kalau dibandingkan dengan pasaraya lain, bagi anda yang jarang berbelanja mungkin sukar untuk membuat perbandingan tersebut. Dari info adik aku yang buat perbandingan, barang2 yang mahal kat Econsave adalah bahagian minuman/pek 3 in 1 dan minuman kotak dan botol, yang lain2 tu harganya agak memuaskan kalau dibandingkan dengan pasaraya lain.





















Lepas memilih barang yang nak dibeli, sampai kat kaunter aje minah jaga kaunter tu bagi tahu

"Encik, hari ini hari Sabtu, kami tidak menyediakan plastik, kalau encik nak plastik kami charge 20 sen".

Baru aku teringat kat Selangor hari Sabtu adalah hari tanpa plastik. Masa ni mak aku pun membebel la,

"ada pulak beli barang takde plastik macam mana nak bawak?"

8 comments:

♥S@R@♥ said...

haha..sara pun kena smlm masa nak beli jam loceng da telinga..

nurizan said...

S@R@: wah dah ada cik telinga, pasni mesti 7.30 dah sampai opis.. yess!

:-: LilacMessy :-: said...

slgor juz sehari jer ekk?? penang isnin, sel n rabu xde beg.. huhuh..

:(

nurizan said...

messy: baik seminggu trus.. hehe

luluchen said...

bli la troli sendiri..xda beg plastik pn xpe.hehe

|.a.r.i.e.z.a.| said...

ha dh kata ade kereta.. campak je la brg dlm kereta. aku sokong usaha diorg. tu salah satu cara utk environment. klu kt europe. lg dasyat. mmg plastik xdisediakan. klu nak, beli ar.. haha save the earth man!

nurizan said...

lulu: baik beli pasaraya tersebut trus.. haha

nurizan said...

arieza: cemana nak campak barang yang lebih besar dari kereta? hadoiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...