Thursday, January 21, 2010

Beli Barang di Pasar Tani Shah Alam

Lama tak update blog ni, dah masuk 5 hari dah, dengan semangatnya usha2 handphone tengok ada tak gambar2 yang menarik utk dikongsikan.. baru teringat nak citer pasal Pasar Tani Shah Alam. Pada yang tak pernah atau tak tahu pasal pasar tani shah alam ni memang rugi la. Lokasi pasar tani ini bersebelahan dengan Stadium Shah Alam dan berhampiran dengan Giant Seksyen 13. Di sini terbahagi kepada dua, pertama pasar tani, dan satu lagi pasar apa nama dia yer, tapi pasar jual barang2/baju/keperluan
























Tempat yang selalu kitaorang pegi bahagian pasar tani la, beli sayur, ikan, udang, ayam, daging, buah2 dan macam2 lagi.. banyak pilihan dan kalau rajin pegi semua gerai tu untuk buat pilihan, tapi jangan lambat sangat pilihnya, takut kang bila pegi ke gerai yang dipilih tu barangnya dah abis, orang ramai la katakan..






















Kalau mencari sesuatu yang sukar didapati tu boleh la cuba2 berkunjung ke pasar tani ini. Harapnya tidak menghampakan. Kitaorang selalu pegi pun beli barang keperluan untuk seminggu, then seminggu sekali boleh dikatakan pergi ke situ. Perjalanan dari rumah kat USJ ke pasar tani ni hanya 10 minit sahaja, kalau nak cepat lagi pun boleh tapi kena melanggar peraturan jalan raya la..






















Lokasi ini juga popular bila menjelang bulan ramadhan, disini jugalah pasar ramadhan dibuka untuk orang ramai. Yang penting kalau hendak pergi ke sini sediakan ruang kenderaan yang luas dan semestinya duitnya yang mencukupi jika berniat untuk membeli barang keperluan dengan banyak.






















Kawasan antara gerai2 tersebut juga agak luas, kalau orang ramai pun takde la sampai langgar-langgar bahu, cuma gesel2 je.. hehe.. Untuk bahagian pasar barang2 dapur ni saja ada 2 baris sepanjang lebih kurang 2 km kot.. sebab tak penah ukur plak.. hehe






















Lagi satu kawasan yang menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai adalah bahagian yang menjual makanan, sentiasa ramai orang dan bagi yang ingin menjamu selera disini juga disediakan tempat makan oleh gerai2 yang terpilih.






















Kalau bawak Khalisah pun tak boleh lama2 sangat sebab tak nak duduk dalam stroller ni lama-lama dan keadaan yang agak panas, disarankan untuk membawa payung untuk menambahkan keselesaan anda.






















Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sini jangan lupa hanya pada hari Ahad pagi setiap minggu seawal 7 pagi (kot sebab tak penah datang lagi awal) sampai 12.30 tghari. Selamat membeli belah!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...