Wednesday, October 14, 2009

Pengemis raih RM20,000 sebulan

berita@kosmo.com.my

PENGEMIS buta yang ditemani oleh pengiringnya yang celik meminta derma daripada seorang pengunjung di kawasan gerai makanan di Cheras pada waktu malam.


KUALA LUMPUR - Jika anda minum di restoran mamak di sekitar Lembah Klang, sudah menjadi perkara biasa jika anda didatangi orang buta yang dipimpin oleh seorang wanita atau lelaki celik yang menjual tisu atau pelekat al-Quran.

Walaupun alasan mereka hanya untuk menampung keperluan kehidupan seharian, golongan cacat penglihatan ini dipercayai berselindung di sebalik sindiket pengemis yang mengaut untung berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan bagi setiap seorang orang kurang upaya (OKU) di bawah jagaan mereka.

Pendedahan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jamarulkhan Kadir yang mendakwa ada di kalangan mereka menerima pendapatan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.

Kegiatan itu disifatkan Jamarulkhan sebagai satu 'manipulasi terancang' sindiket tertentu yang berniat memeras kudrat OKU yang mana sebahagian besarnya adalah orang tempatan.

"Perolehan pendapatan daripada mengemis kemudian dibahagikan 50-50 antara OKU dan orang yang menemaninya,'' dedahnya kepada Kosmo! semalam.


KAWASAN gerai di Bandar Sri Permaisuri, Cheras antara kawasan tumpuan pengemis buta.


Jamarulkhan juga tidak menolak kemungkinan sindiket terbabit mendalangi kegiatan tidak bermaruah ini dengan persetujuan pengemis buta itu.

Justeru, tidak hairanlah mereka yang mengemis pada waktu malam hingga dinihari ini dikatakan hidup mewah berdasarkan kereta mewah yang membawa mereka dalam 'kerjaya' harian masing-masing.

Menerusi pengalamannya, beliau sendiri pernah menyaksikan empat OKU cacat penglihatan dibawa menaiki van dan kemudian diarahkan mengemis secara bergilir-gilir secara intensif di kawasan deretan kedai makan di sekitar Bangsar di sini.

Menurut Jamarulkhan, hasil siasatan Presma juga mendapati dalam tempoh satu jam, seorang OKU dan pasangannya berupaya meraih kutipan sekurang-kurangnya RM100.

Jika dihitung selama lapan jam bekerja bagi tempoh 25 hari sahaja, katanya, mereka mampu memperoleh pendapatan paling kurang sebanyak RM20,000 sebulan.



Note: Jabatan Kebajikan Masyarakat apa lagi ambil la tindakan, takkan nak tunggu ada report baru nak buat siasatan.. sengal tul la.. lokasi tu di mana2 pun lebih kurang sama je... semua tempat/kedai makan ada kes macam ni..

2 comments:

luluchen said...

isk2...amik kesempatan didalam kesempitan plak,tp xpe..kita sedekah kerana Allah,yg lain2 tu antara dia dgn Allah la pulak

eiman@nurizan said...

lulu: tu la dalam hal ni sapa yang salah? orang buta tu ke orang yang bawak orang buta? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...