Tuesday, September 1, 2009

Borong Kerepek untuk Raya

Semalam aku pegi lagi tempat buat kerepek kat Bkt Kapar, nak tau kat mana refer post aku yang ini (http://nurizan.blogspot.com/2009/08/kerepek-kerepek.html). Sehari sebelum tu aku dah pegi belah petang tapi malangnya takde kerepek ubi.. cuma dapat kerepek pisang aje.. tu pun dah last peket.. bila tanya kat tokei dia kata esok bleh datang lagi, belah pagi sebab kalau lambat abis.. bila kata nak booking dia tak berani nak amik, takut tak dapat nak buat pulak..

So belah pagi aku ingatkan dalam kul 10 ke 11 pagi baru nak pegi ler.. sebab dah ada no telefon tu senang la skit, call aje kalau ada lagi bleh la pegi.. lepas aje call dalam kul 10 pagi tu tokei tu suh pegi masa tu jugak sebab dah nak abis.. wahhh.. dengan khalisah yang masih tido trus pegi tempat tu.. haha.. rupanya seawal pagi pukul 8 dah ada orang tunggu nak beli dah.. sengal tul.. kalau aku tau seawal tu selepas subuh aku pegi.. hehe



Kerepek ni semua bukan utk aku sorang, kira adik beradik belah wife aku yang banyak beli, sebab kat belah2 pantai timur takde kerepek2 nih.. kitaorang steady je.. hehe.. untuk tiga plastik besar tu abis jugak la RM100.. tu pun ada lagi yang tak beli sebab dah abis stok.. nak buat cemana.. ramai sangat yang kirim utk belikan..

Jadi pada yang dah mengirim tu datang la umah amik.. jenuh nak gi antar nih.. haha.. datang bawak uwangnya sekali ya pak!..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...