Tuesday, August 4, 2009

Rumah Berharga RM1 Juta

Hari sabtu lepas kitaorang gi usha2 rumah akak ipar aku yang baru dibeli kat area Glenmarie, nama kawasan tersebut adalah Temasya Suria. Ada gak kuar kat utusan pasal kawasan perumahan ini..

Jangkaan itu berdasarkan sambutan memberangsangkan oleh orang ramai sejak awal minggu ini. Pelancaran itu diadakan di Galeri Jualan Alam Impian di Wisma Consplant, Subang Jaya mulai pukul 9 pagi. Temasya Suria dibangunkan oleh Temasya Development Co. Sdn. Bhd., anak syarikat I&P itu terletak di kawasan seluas 228.4 hektar di Temasya, Glenmarie, Shah Alam.

Menurut I&P, Temasya Suria merupakan projek kediaman pertama di kawasan itu, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai lokasi industri. I&P berkata, sebanyak 133 unit kediaman ditawarkan bagi kediaman itu dengan harga dari RM750,000 hingga RM1.4 juta. Kediaman itu ditawarkan pada tiga saiz dengan keluasan binaan 3,427 kaki persegi hingga 4,652 kaki persegi.

Kitaorang gi tengok rumah tu yang hampir siap beramai2 pada belah petangnyer.. masuk je rumah tu rasa pelik je sebab besar sangat!.. haha.


.: Ini gambar rumah dari luar, tak sempat nak amik dalam rumah :.


.: Ini pula sesi bergambar di hadapan rumah, ownernyer dua dari kiri :.

Menurut tuan rumah ini, ada tiga saiz dan tiga harga rumah.. masa pilih rumah tu yang saiz tengah2 tu dah abis, so yang ada tinggal dua saiz ler.. jadi dah alang2 nak beli trus beli yang besar dan paling mahal ler.. haha.. banyaknyer duit...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...