Monday, August 31, 2009

Hadiah Merdeka Dari Kerajaan - Minyak Naik!



Hari ini cuti sambutan hari merdeka, pagi tadi usha kat tv tgk cam apa la sambutan.. baik tak yah buat sambutan.. tayang kat tv pun sejam lebih aje.. selalu lama je acara sambutannyer.. agaknya sebab dua perkara, bulan ramadhan kang ramai plak yang pitam/buat2 pitam, satu lagi sebab kes H1N1 ni kalau duk ramai2 berkumpul kang semakin pantas la virus ini merebak..

Berita paling tak best pada hari merdeka ini adalah kenaikan harga minyak.. secara directnya nampak tak naik ler.. tapi bila tengok betul2 macam ada konspirasi untuk tidak mengatakan bahawa minyak naik.. cuba baca petikan dari berita harian online ini

KUALA LUMPUR: Mulai esok, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.

Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.
Aku pun dah mula perasan kat petronas dah start jual ron95 nih.. harapnya takde kesan apa2 la pada enjin keta.. dan tidak mengurangkan tahap kecekapan enjin2 kereta..

2 comments:

nas said...

protes nampak...!!hehe

eiman@nurizan said...

nas: ada orang bersorak gembira ke kalau minyak naik? yang bersorak tu tokei2 ada la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...