Friday, July 3, 2009

Movie Review... Bila La Aku Nak Tengok!

Kali ini aku nak review movie2 yang aku dah download dari site Jiwang Torrent (klik utk join). Kebanyakannyer aku download dulu semua movie2 yang menarik then akan amik masa yang sesuai, sabtu atau ahad untuk menontonnyer.. kalau ada masa dan mood untuk menonton la.. kalau takde buat tukun je la movie2 nih..


.: Lakonan Dafi, bleh belakon ke mamat nih? ish.. :.


.: Screenshot citer dafi berlakon.. :.

Plot

Mia ialah seorang gadis yang begitu obses dengan tarian hip hop. Tapi bagi beliau adalah cukup mustahil untuk merelisasikan impiannya itu. Tapi semua itu berubah apabila hadirnya Remi dalam hidup beliau. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka berdua disertai bersama Dafi dan Robby yang juga turut mahu merelisasikan impian mereka bersama dengan menyertai pertandingan tarian seluruh negara itu.

Dengan begitu hampir memenangi pertandingan tersebut bapa Mia cuba untuk menghentikan segala cubaan Mia dalam bidang tarian ini termasuk cintanya terhadap Remie. Dengan kepercayaan mereka yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi pertandingan tersebut sehingga Remie secara mengejut rebah di lantai.

Genre: Lova/Dance
Directed by: Bjarne Wong
Starring: Samuel Rizal,Sharifah Amani,Ebi,Dafi
Release Name: Sayang You Can Dance[2009]
Size: 700 Mb
Quality: SDTV Rip - XviD 672 x 288 756kbps, Tweaked English LiNE audio - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 35minutes
Filename: Sayang You Can Dance[2009] SDTV Rip XviD-KaRL[JWG]
----------------------------------


.: Citer seram seram kuku je nih. tapi tak tengok lagi :.


.: Sapa takut jgn tengok citer nih.. gerenti takut nanti.. haha :.

Plot:

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Saksikanlah Filem ‘Histeria’ ini..

Genre: Horror
Directed by: James Lee
Starring: Liyana Jasmay,Scha,Norisnainy,Ainul Aishah,Adiputra,Kazar,Vanida Imran,Adlin Aman Ramlie,M.Rajoli..
Release Name: Histeria[2009]
Size: 700 Mb
Quality: DVD Rip - XviD 672 x 288 756kbps, Tweaked English LiNE audio - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 27minutes
Filename: Histeria [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]
Subtitle: English

Kredit goes to:
Uploader karl the hensem boi
Jiwang Torrent

Nota utk ab310: citer Geng The Movie tak kuar lagi yer.. harap bersabar sampai lepas raya nanti.. haha

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...