Monday, June 22, 2009

Nasi Ambang - Makanan Orang Jawa

Korang penah makan nasi ambang tak? (ambang ke ambeng eh?) kalau tak penah meh aku tunjukkan rupa nasi ambang tu.. Nasi ambang ni biasanya dihidangkan bersama2 dengan sayur dan lauk sekaligus dalam satu bungkusan.. sekarang ni dah banyak kedai2 yang menjual nasi ambang..

Antara isi yang ada dalam nasi ambang seperti berikut
1. Nasi (of course ler)
2. Mee goreng
3. Kerabu
4. Ikan kering
5. Timun
6. Tempe goreng
7. Serunding kelapa
8. Ayam goreng/masak kicap
9. Telur rebus

tengok dari isi agak banyak jugak.. biasanya ia dibungkus sekaligus dalam satu bungkusan, dibungkus dengan daun pisang + surat khabar (nak bungkus pakai kertas A4 tak muat plak kan?) itu yang dibungkus untuk diberikan pada saudara mara..


.: Proses pembungkusan nasi ambang :.

Ini pula hidangan untuk dimakan bersama2 sekeluarga.. kira bila dapat bungkusan nasi ambang tu cara makannya camni la eh.. diletakkan dalam satu talam/dulang besar, then dimakan bersama2 dalam 4 ke 5 orang.. kira makan beramai2 ler.. usha je la gambar2 yang aku dah sediakan.. haha


.: Selepas proses pembungkusan, proses makan la plak.. haha :.

Nak usha gambar detail bleh usha dalam facebook aku kat SINI dan SINI

2 comments:

♥S@R@♥ said...

xjemput kita org pun..ni yang sedih ni..sob..sob..
dapat gak tengok rupa nasi ambang camne..hehe

eiman@nurizan said...

sara: tak sempat nak jemput, lagipun majlis kecik2 jer.. biasanya nasi ambang utk majlis kecik, kalau besar2 takde nasi ambang nih.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...