Saturday, June 13, 2009

Khalisah Turun Tanah

Lama tak update blog nih.. kebizian dan tak sempat nak update ler kot.. so kali ni aku update apa yang berlaku minggu lalu ler.. aktiviti ini berlaku pada 7 June 2009. Kira bulan ni Khalisah akan cukup umur 7 bulan. Amalan/adat orang jawa bila dah cukup 7 bulan baru bleh turunkan baby atas tanah... dan aku percaya tak ramai yang tau benda nih..
Jadi caranya macam gambar kat bawah nih..


.: KLIK GAMBAR UNTUK ORIGINAL SIZE :.
(tak sempat amik video sebab kamera DSLR takde mode utk video)

Biasanya ia dilakukan awal pagi lepas subuh, lebih kurang dalam kul 7.00 pagi ler.. kang kalau awal sangat baby tak bangun lagi.. satu syarat yang perlu adalah kena tengok pada kalendar Islam, aktiviti ini akan dijalankan pada bulan penuh, iaitu pada tengah bulan Islam pada bulan ketujuh selepas kelahiran baby..

Masa turun tanah tu biasanya akan ada barang2 yang akan diambil oleh baby, antara barang2 yang biasa diletakkan adalah buku, pensil/pen, emas/duit, buku agama.. jadi tengok la mana dulu yang diambil dan macam2 anggapan tentang barang2 yang diambil ikut turutan.. untuk khalisah turutan yang diambil adalah buku, pensil, emas dan buku agama..

Sepatutnya selepas aktiviti ini akan ada kenduri kesyukuran tapi tak sempat buat lagi, plan nak buat 13 June 2009 tapi tunda ke 20 June 2009. So bila dah buat kenduri tu aku citer plak la yer..

6 comments:

luluchen said...

camni eh?dulu2 mr.eiman mesti pilih tanah kan?main pasir la tu..haha

nurizan said...

uii mana bleh main tanah, kan ada lapik dia tuh.. ntah la lupa plak nak tanya mak dulu amik barang apa dulu.. nak kata dulu amik absorber takde plak yang kecik2.. haha

luluchen said...

yela..mana tau merangkak reverse..hahaha,org srh g ke dpn dia g undur.

amik absorber?nak kancik 1set...hehe

nurizan said...

kalau reverse tu lagi dahsyat.. bleh bawak traktor bila dah beso.. haha

luluchen said...

ala..traktor xbest,suruh dia bawak kapal terbang,kapal selam xleh reverse

nurizan said...

kancil la bleh reverse... kancil yang parking tepi jalan kat SIB tu.. muhahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...