Friday, June 26, 2009

Hari Jumaat... Meeting.. Makan... Meeting..

Hari ni nak share satu kedai nasi briyani kat bangi.. kisahnya hari ini ada meeting dengan UMP, start pun dah agak lewat la.. dalam kul 11 pagi.. sebelum2 ni meeting biasa start kul 9 pagi.. duk tgh meeting tak prasan dah dekat kul 1 tghari.. so sebab ari jumaat kitaorang pun pegi semayang kat UKM la.. katanya tak ramai semayang kat sana sebab masih cuti semester..

Dalam perjalanan pulak hujan renyai2.. kitaorang berenam naik keta prof gi semayang jumaat.. sampai tu tengok tak ramai pun.. ok la nanti balik senang skit tak sesak.. time khutbah aku bleh tertido plak.. ngantuk tul la.. haha..

Abis je semayang trus gerak gi kereta... tengok ramai nyer orang.. rupanya hari ini pendaftaran pelajar baru (kalau tak salah aku la..) patut la ramai.. nasib baik prof ni penah ngajar kat UKM so dia tau la mana nak cilok2.. haha..

Kuar je dari UKM trus menuju lokasi tempat makan.. kat mana? Restoran Anje Nasi Briyani. (betul ke ejaan aku nih?) kedainya tak salah aku kat belakang petronas seksyen 15 bangi.. inilah dia gambar kedai nyer... eh ni baru kedainyer.. jgn meleleh air liur lagik. haha


.: Restoran Anje Nasi Briyani Gam Johor :.

Masuk je kedai tengok dah ramai orang beratur.. huhu.. cepat tul la diaorang nih.. so kitaorang pun beratur la.. sume amik menu yang sama la.. nasi briyani ayam kampung goreng.. pastu bos plak tambah kambing masak apa ntah.. hoh.. jenuh nak abiskan.. tapi kena abiskan gak ler.. haha


.: cuba tengok kat atas ni plak nasi briyani nyer.. haaa ni nak meleleh baru ok.. :.

Jadi sesapa berminat nak gi kedai tu bleh la usha2 kat area bangi seksyen 15.. tanya orang pun rasanya orang bleh tunjuk, glamer dah kedai nih.. hehe

Lepas makan sambung balik meeting.. haihh..

Aku update location ngan direction untuk yang ingin mencuba yer. aku copy + paste dari blog sapa eh.. lupa plak..

Location:
Restoran Anje
Nasi Beriani Gam Johor JB POWER
15, Jalan SS 15/1C
43560 Bandar Baru Bangi

Directions:
Exit North South highway at the Bangi Toll
1. Take 12 when you meet the first round about ( rectangular and huge)
2. Drive until you reach a second round about (rectangular and huge also) and take a 6, something like a u - turn.
3. Drive past the NIOSH center and immediately take a left turn at the junction after the Petronas Station.
4. Turn right at the first junction. Restoran Anje should be on your left, next to the Tayar shop.

4 comments:

En. Waldo said...

situ memang sedap...org penuh je sentiasa...

eiman@nurizan said...

waldo: ya ya sedap2.. dah la sedap, free plak tuh.. bos banjer.. haha

Anonymous said...

mestila sdp . mak n ayah aku yg masak taw . tu kedai mak n ayah aku

eiman@nurizan said...

AKU tu sapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...