Saturday, May 2, 2009

Tomok Jutawan, Juara OIAM 3!



SHAH ALAM, 2 MEI 2009: Penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 24, nyata insan paling bertuah kerana kemasukan semula beliau dalam program One In A Million 3 (OIAM) membuka peluang kepadanya untuk menjadi juara pertandingan itu sekaligus membolot wang tunai bernilai RM1 juta!

Dengan mendapat undian SMS sebanyak 39.3 peratus, Tomok menewaskan 2 lagi peserta, Esther (Elizabeth Applunius Chin), 21, yang meraih 33.29 peratus serta Aweera (Nasharul Aweera Norihissham), 18, dengan undian 27.41 peratus. Kemenangan Tomok itu juga mencatat sejarah kerana juara sebelum ini adalah peserta wanita - Suki dan Ayu.

Tomok yang menyanyikan lagu Aizat, Hanya Kau Yang Mampu dan lagu baru, Rindu Terhenti, mendapat sorakan hebat daripada peminatnya. Selain wang tunai RM1 juta, Tomok yang juga bekas anggota New Boyz, juga mendapat kontrak rakaman album bersama Monkey Bone dan albumnya akan diterbitkan oleh komposer terkenal seperti Aubrey Suwito.

Esther juga tidak kurang mantapnya beraksi dengan lagu Please Don't Stop The Music dan Menggapai Mimpi manakala Aweera pula lagu memilih medley Sampai Syurga, My Baby You & Hukum Karma selain lagu ciptaan baru untuk beliau, Kini Ku Di Sini.

Pertandingan yang berlangsung di Stadium Malawati itu dihoskan oleh Awal Ashaari dan Marion Caunter. Seperti biasa, juri tetap adalah Syafinaz Selamat dan Paul Moss.

Selepas kejayaan Tomok itu, peminat dunia hiburan kini sedang melihat bagaimana pula prestasi kakaknya, Isma masih berentap dalam pertandingan AF7. Bagi Tomok, dia mengharapkan kakaknya akan turut mara ke final dan mengejar impiannya menjadi Juara AF7.

1 comments:

izman said...

aku tengok separuh je, tertidur.

wife aku je layan sampai abiss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...