Sunday, April 26, 2009

Penyingkiran Aril Cukup Mengejutkan!



KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2009: Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi.

Bukan sahaja penyokong Aril yang popular dengan tagline 'Best Wok' tetapi barisan tenaga pengajar serta pengkritik juga terkejut dengan keputusan itu kerana persembahan Aril cukup hebat dan bertenaga apabila menyanyikan lagu kumpulan Gigi, Nakal.

Mendengar keputusan hos AC Mizal yang turut menangis dan memeluk Aril itu, Cikgu Siti Hajar Ismail terus menitiskan air mata manakala pengkritik Adlin Aman Ramli, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adibah Noor, kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Sehingga siaran langsung konsert itu selesai pun, ramai penonton tidak berganjak daripada tempat duduk mereka dan masih tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Adakah ia berpunca daripada sikap Aril yang dilihat dalam Diari AF atau disebabkan kehadiran Marsha yang kelihatan intim dengan Aril di dalam akademi?

Apapun puncanya, yang jelas itulah keputusan muktamad penonton Af7 malam tadi yang pastinya mengecewakan ramai peminat Aril. Sejarah AF juga berulang semula kepada Aril kerana pada musim terdahulu beberapa pelajar kegemaran ramai tersingkir seperti Rosma, Dafi, Aizat dan Rich.

Dari segi persembahan, pelajar malam tadi terutama lelaki memberikan showmanship yang menarik. Persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Yazid (With Or Without You/ U2), Hafiz (Kau Yang Punya/ Malique & Najwa) dan Akim (Situasi/ Bunkface).

Manakala persembahan pelajar wanita pula ialah Claudia (When You're Gone/ Avril Lavigne), Aishah (Flora Cinta/ Min Malik) dan Isma (Tak Mungkin Kerana Sayang/Alyah).

Selain lagu-lagu terbaru, konsert minggu ke-7 itu menyelitkan nostalgia buat penonton kerana mempersembahkan nyanyian berkumpulan semua pelajar menerusi lagu Fiona (4U2C) dan Untukmu (Feminin).

Dengan penyingkiran Aril maka tinggal 6 lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan sebagai juara AF7.

4 comments:

mAr@ZiEy said...

Terkejut ke..hurm..jap pk..
Tak terkejut pun..just terkejut dia lompat kat penonton tu ade la..hahah..

admin said...

aril x best pon..poyo je lebih

nurizan said...

marziey:
terkejut sebab lambat sangat kuar nyer kot.. hahah

nurizan said...

kurosaki:
tu la cam poyo jer, tapi dia antara yang memeriahkan af7 kali ni la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...