Monday, March 16, 2009

Kenduri.. Kenduri.. Kenduri

Tiga minggu berturut2 ada kenduri yang perlu di hadiri... first yang aku dah penah citer, kenduri cukur jambul... kedua kenduri arwah 40 hari kat kelantan, pastu hari ahad lepas ada kenduri kesyukuran sempena pembukaan cawangan bengkel yang kedua... kali ini kenduri ada kelainan sedikit, selalunya kenduri kat rumah atau kat surau/masjid je, tapi kali ini kenduri tersebut diadakan di bengkel yang akan dibuka..

Seperti biasa la kalau kenduri mesti ada makan2... kali ini aku and family datang hari sabtu tghari dan sampai dalam kul 12 tghari kat meru... sampai je usha2 tengok takde orang pun, selalunya ada la dah start.. rupanya dah start malam sebelumnya.. ok la tu dah start skit2.. kali ini ada khemah plak, ada pasang khemah sebijik kat belakang umah, so dijangkakan akan hujan jadi bagusla ada khemah, kalau tak cemana nak masak2...

Kali ini menu adalah soto, daging masak masam manis, mee goreng, nasi impit, kuah kacang, karipap, kuih cara, kuih lapis, agar-agar, bergedil dan lain2 lagi kot setakat itu je yang aku ingat.. asalnya akak aku nak buat katering je, tak la penat sangat.. tapi setelah mendapat bantahan dari adik beradik yang lain maka idea katering tersebut ditolak... alasannya.. macam la adik beradik tak bleh tolong utk masak2, tak reti nak masak sangat ker? haha boleh ke macam tuh..

Hari sabtu petang dah sibuk memasak makanan2 seperti yang aku bagitau tadi.. haha hampir kesemua telah disettlekan, cuma tinggal utk buat soto ngan mee goreng je pada hari Ahad.. nampak cam sikit je tinggal tapi kelam kabut gak pada hari ahad... sebab selalunya kenduri kat rumah then siap masak trus letak dalam dulang je.. settle, tapi kali ni nak kena susun2 then kena hantar ke tempat kenduri tersebut iaitu bengkel yang baru dibukak...

Pada malam kenduri tu gerimis plak ingatkan kurang la orang nak datang, tapi alhamdulillah lepas je abis baca doa selamat aktiviti makan2 pun dijalankan.. cewahhh.. bila tengok ramai nyer orang tak menang tangan nak layan, kalau boleh kaki pun nak layan gak tapi kang kurang ajar plak.. hahah.. jemputan pada asalnya dijangka dalam 300 orang je, tapi agaknya tak dikira sekali isteri/suami, anak2.. jadi lebih kurang dalam 400 lebih gak la orang nyer..

Dalam kul 11 malam aktiviti makan2 pun abis, tapi terlebih gak la sampai 11.30 mlm, jadi bila orang dah beransur pulang apa lagi aktiviti kemas-mengemas pulak daaa.. kena bawak balik barang2 ke rumah semula.. dalam kul 1145 mlm aku balik sebab ada urgent matter.. hhahaha. sampai je umah dah tak larat trus bedebuk tidur kat dalam bilik....

So kat bawah ni gambar2 aktiviti pada majlis tersebut.. sila la skodeng2 yer... kualiti gambar agak best sikit sebab amik pakai DSLR kamera adik aku baru beli.. lain kali bleh paw kamera dia la..


(aktiviti masak2 pada sabtu tengahari...)


(aktiviti masak2 pada sabtu malam.. tgk mana benda yang dimasaknyer.. dah siap daa...)


(ahli keluarga yang mempunyai baby, datang jugak utk melihat majlis berlangsung..)


(antara hidangan yang disediakan.. kuih cara (betul ke aku eja nih?)


(Antara tetamu yang hadir.... meriah dan sangat ramai...)

2 comments:

izman said...

meriah ko berjalan dan makan yer eiman

nurizan said...

izman: meriah tu memang meriah tapi letih nyer tak bleh tahan.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...