Monday, March 2, 2009

Kenduri Cukur Jambul Part 1

Ni citer hari sabtu dan ahad lepas, ada kenduri cukur jambul dan akikah anak sedara aku, anak abg aku. Bagi orang Jawa persiapannyer agak pelik bagi orang yang tak pernah terlibat secara langsung. Bayangkan majlis cukur jambul aje dah start preparation hari sabtu lagi. Macam2 nak disiapkan aku pun tak tau nak explain cemana. Majlis ni diadakan kat umah mak aku kat Meru, so aku kena gerak dari USJ ke Meru la ari sabtu lepas. Patutnya nak gi lagi awal tapi ada majlis harijadi plak kat USJ pada Jumaat malam. Jadi plan nak gi pagi sabtu la, tapi siap2 tengok dah kul 12 tghari.. haha lambat jugak kitaorang bersiap2.

Hari Sabtu
Kitaorang sampai kat Meru kul 1 ptg, tengok adik beradik aku yang lain dah start buat keje. Ada yang memarut kelapa, petik daun pisang, angkat barang utk kenduri dan macam2 lagi la.. Jadi perkara yang aku terlibat/buat adalah buat serunding kelapa. Tengok macam senang tapi nak kena gaul dalam kuali panas sepanjang masa supaya tidak hangus.. lama jugak la dalam 2 jam lebih kot baru siap... lagi satu benda kena buat kerisik kelapa utk masak daging kambing masam manis... nasib baik abg aku dah buat kalau tidak aku jugak ler.. hehe... maklum la nak tunjuk rajin, dulu masa zaman bujang2 aku malas nak tolong2, ada je alasan aku, ngantuk la, pening la.. hahah

Menu kedua kena buat adalah tempeyek ikan bilis, yang ni best sikit sebab sambil buat bleh ngap2 sekali, makan la tuh.. permulaannya agak susah jugak la sebab tak penah buat...aku pun pada mulanya tolong tengok dan tolong ngap2 je... tengok2 dah kul 6.30 ptg, mak aku suh berenti buat kerja sambung malam plak... tgh nak stop tu dapat call dari akak sulung aku, katanya accident langgar/dilanggar motor... apalagi kitaorang pun bergegas la ke tempat kejadian, tapi sampai je kat sana tengok orang yang naik motor tu dah dihantar ke klinik, tinggal akak aku je yang masih tergamam akibat accident tersebut. nasib tak teruk, kalau tak mesti lagi phobia je akak aku tu.. haha

Malamnya pulak aktiviti membuat tempeyek diteruskan seperti yang dirancangkan... agak lama gak la nak abiskan adunan tersebut, tapi aku buat kejap je sebab macam tak jadi je.. mak aku yang sambung sampai siap.. haha... lepas aktiviti tersebut seperti biasa adalah buat karipap, kali ni karipap inti keledek, berbeza dengan selalunya inti kentang, aku pun dah berkira2 nak makan berapa banyak sebab karipap adalah favorite aku.. memang best makan karipap... aktiviti ni dilakukan oleh adik beradik dan akak ipar aku je, maknanya bahagian orang pompuan nyer kerja la, so kitaorang pun relax2 je la...


(kuih onde onde)


(kuih Karipap, ini sebahagian, ada 8 talam kot semuanya)

bersambung........

2 comments:

mAr@ZiEy said...

ala bersambung ke...tak besh tol...heheh..pas wat sambungan yer...nak tgk gak serunding kelapa tu..mne tau kot2 hangus ke...hhahahha

Anonymous said...

ehhh mana ada hangus, baikk nyer buat tak bule hangus... sedap hingga menjilat siku lagik.. hahah

-eiman-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...