Sunday, February 1, 2009

Tengok Baby lagi

Program hari ahad dimulakan dengan perjalanan untuk melawat baby kawan wife aku kat sentul dan baby baru berumur sebulan. Perjalanan ke Sentul tu agak perlahan sebab kenderaan dah banyak, maklumla esok dah start keje. So ramai yang dah berada atas jalan raya utk balik ke rumah masing2 selepas bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Sudah agak lama aku tak gi area2 sentul tu so agak kurang pasti jalan yang sepatutnya kitaorang lalui. Ditambah pulak wife aku pun tak berapa ingat sangat, kira ingat2 lupa la.

Perjalanan dari USJ terus ke Federal Highway, ada jem skit selepas jambatan kabel, then selepas Armada Hotel trus jem agak teruk juga. Sebelum termasuk dalam jem tersebut aku telah menggunakan jalan lain yang akan lalu kat depan pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya, dan trus masuk ke dalam Universiti Malaya dan keluar kat bangunan Telekom, so dapat la skip jem sikit.. hehe

Seterusnya apabila sudah sampai kat area PWTC pun agak keliru dengan jalan yang perlu aku lalui utk sampai tempat yang di tuju. Memula salah jalan dan bila aku trus je dia kuar kat bulatan segambut.. haha sengal sungguh, nasib baik kuar kat tempat yang aku biasa. So aku pun gi sekali lagi kat area PWTC tu then turun ke Jalan Ipoh, dan belok ke kanan kat balai polis. Alhamdulillah betul dah jalan tuh, so dalam masa 20 minit aku telah sampai ditempat yang dituju, nama tempat itu adalah Kampung Bandar Dalam. Pelik betul nama kampung tu sebab dah nama kampung tapi bandar, dan kat dalam.. haha

Sampai sahaja kat rumah baby tu baby pun tengah relax2, tak tido pun. So dari informasi masa borak tu baby tu ada problem dengan perut dia, kembung dan selalu tak selesa. Paling lama dapat tidur pun dalam sejam, pastu bangun dan menangis. Jenuh la nak menjaganyer dan kuat pula minum susu, dan susu pulak susu botol je, nasib baik nak kasik banyak pun takpe bleh je buat, kalau nak susu ibu banyak2 naya je.. haha.

So ini adalah gambar ketika baby tidur meniarap, hehe bleh plak tido meniarap, risau jugak kot2 nanti tertutup muka dia kat bantal dah satu kes pulak baby tak dapat bernafas.


(Close up kat muka baby)


(Full view baby tidur meniarap)

So far dapat la tidur dalam 15 minit masa aku ada kat rumah tu, then baby pun bangun pulak dan menangis, hehe.... tak lama lepas baby bangun kitaorang pun gerak la balik...

4 comments:

izman said...

suka tengok baby, tak nak tambah ke?

Anonymous said...

yang first baru 2 bulan, blum boleh nak tambah tuh.. haha

ILA said...

Eiman,bagi yg dua bulan tu jadi 2 tahun dulu..:D

eiman@nurizan said...

ILA: lambat sangat tunggu 2 tahun tuh, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...