Wednesday, February 18, 2009

Perjalanan Bersambung...

Pagi tu kena bangun awal sebab dah janji nak gerak ke lokasi seterusnya seawal pukul 7.00 pagi.. Perjalanan kali ni menggunakan kereta Odessey yang mengambil masa selama 5 jam dari hotel tersebut. Tempat yang dituju kali ni adalah Yangzhou sedikit ke utara dari Shanghai, jadi tahap kesejukan pun akan bertambah....

Sepanjang perjalanan tersebut tak berapa banyak kenderaan la jadi perjalanan agak lancar, cuma terhalang oleh kabus sebab sejuk, tahap penglihatan cuma sejauh 50 meter sahaja!!... Kelajuan pemanduan pula selaju 140km/j ~ 160km/j.. Bayangkan kalau perjalanan dengan kelajuan standard 110km/j mau 7 ~ 8 jam baru sampai destinasi.. sampai kat sana selepas visit factory dan discussion kitaorang pun bergerak balik ke Shanghai utk catch up flight untuk ke Wenzhou pula.. flight ke Wenzhou pukul 9.55pm jadi kena gerak dari Yangzhou selewat2nya pukul 4.00 ptg... Agak malang la sebab perjalanan balik kena menempuh jem... agak panjang jugak la jem dan nasib baik jem tersebut hanya berlaku di plaza tol sahaja, selepas tu jalan dah clear balik.. so sampai kat Shanghai Pudong Airport pukul 8.00 mlm. Kira tidak terlewat la utk check in.. masih ada masa lagi...

Sampai je kat tempat check in diorang bgtau flight delay.. aduii kena tunggu dan datang balik ke kaunter check in kul 9.00 mlm utk confirm berapa lama delay... Perut pun dah lapar kitaorang pun gi usha2 la tempat makan kat airport tersebut, nasib baik airport tu kira International so terdapat pelbagai menu utk dilihat la.. lepas makan tu kitaorang pun gi balik ke Check in kaunter utk check in... dan diberitahu flight hanya akan sampai pada pukul 10.30 mlm... fuhhh lambatnya.. apa nak buat sementara tunggu flight tuh... sementara tunggu aku pun bukak la laptop dan usha citer yang ada dalam laptop, tapi tak bawak pulak earphone jadi aku bedal je la pasang citer upin ipin tapi aku selowkan volume biar aku je dapat dengar... Nampak nya masih ada masa lagi dah aku pun dah ngantuk, aku usha kiri kanan ramai gak orang terlentang atas kerusi kat tempat tu, so apa lagi aku pun join sekali la baring... haha...

AKhirnya flight yang ditunggu pun tiba, ramai2 trus serbu flight tersebut sebab dah letih tunggu.. perjalanan dengan flight tersebut mengambil masa sejam lebih dan sampai kat Wenzhou pukul 11.30 mlm... nasib baik orang yang nak amik tu tunggu gak sebab dia bgtau kalau naik teksi mungkin teksi tak tau tempat yang nak di tuju.. ok gak la tuh senang tak yah banyak karenah utk naik teksi.. sampai kat hotel dalam kul 12.15 mlm... Mandi2 trus tido... tak larat.... esok nak sambung buat kerja lagik...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...