Thursday, February 19, 2009

Perjalanan Bersambung Lagi...

Pagi tu dah janji dengan supplier tu dia akan amik kitaorang dalam kul 930 pagi.. kitaorng pun siap2 dah check out sebab nak terus keluar dari hotel tu menuju factory yang nak di lawat... sampai di factory tersebut dalam kul 10.00 pagi.. so discussion ngan audit pun berjalan seperti yang dirancangkan.. di pendekkan cerita kitaorang abis discuss dalam kul 3.30 ptg dan perlu bergegas ke airport utk naik flight kembali ke Shanghai sebelum balik ke Malaysia. Ini kerana tiada penerbangan antarabangsa dari Wenzhou, hanya ada domestic flight sahaja...

Sampai di airport kitaorang pun try utk awalkan flight, malangnya tiada flight yang lagi awal dari yang kitaorang patut naik. Flight kitaorang 7.55 mlm tapi kitaorang dah sampai kat airport seawal kul 4.30 ptg.. Nampaknya awal lagi so kitaorang pun takde benda nak buat so tunggu jela sementara masa yang ditunggu tiba... Sampai je masa trus check in dan trus gi masuk utk boarding flight ke Shanghai Pudong Airport... Tiba di Pudong dalam 9.30 mlm dan takde sapa nak datang amik so kitaorang naik la teksi utk menuju ke hotel.. pada asalnya aku dah mintak contact person kat Shanghai book hotel yang sama seperti sebelum ini iaitu Ramada Pudong Hotel, tapi request dari bos mintak tukar ke hotel lain... jadi masa nak naik teksi tersebut, pemandu pun nampaknya macam tau je la lokasi hotel tersebut... mengikut orang yang tolong book kan hotel tu tak jauh dari airport tersebut dan mengambil masa dalam 10 minit naik teksi.. Jadi kitaorang pun agak lega la sebab tak perlu naik teksi lama2 plak..

Nak dijadikan cerita pemandu teksi tu salah paham tentang lokasi hotel yang kitaorang nak tuju.. buktinya kitaorang dah nampak hotel tersebut disebelah Highway sahaja tapi tengok teksi meluncur laju je.. bila ditanya tak paham pulak sebab pemandu teksi tersebut tak paham english.. aduiiii... terpaksa gunakan translator utk bgtau lokasi sebenar yang perlu dia bawak kitaorang.. dari informasi, kitaorang dah terlajak agak jauh dan perlu berpatah balik, dah nama highway mana ada u turn... nasib la... akhirnya ada gak jalan utk buat u turn dan kembali ke tempat yang nak di tuju..

Malang berlaku lagi, pemandu teksi terlepas sekali lagi lokasi hotel tersebut dan terpaksa menuju ke airport utk u turn.. hahah pening dah kitaorang dengan gelagat pemandu teksi tersebut... Akhirnya kitaorang sampai jugak ke hotel yang nak di tuju. Jumlah masa perjalanan 1 jam setengah yang sepatutnya hanya mengambil masa 10 minit sahaja.. Sampai hotel, check in, mandi dan trus tido...

Pada pagi tersebut aku dah tak bleh nak tido lena sebab dah memikirkan utk balik ke Malaysia.. hahah tak sabar dah nak balik.. awal2 lagi aku dah siap mandi dan packing beg... semangat nak balik Malaysia dah... Pagi tu kitaorang gi airport dengan shuttlebus yang disediakan.. Sampai kat airport kitaorang pun carik la kaunter MAS, tgk kat screen takde plak kaunter MAS, mana plak peginyer kaunternih... Nak dijadikan cerita pula rupanya kitaorang turun kat salah terminal... Kitaorang turun kat terminal 1 manakala kaunter MAS berada di terminal 2.. hahah...

Sampai sahaja di kaunter MAS kitaorang pun check in, dan nampak gak la muka2 orang Malaysia pada penerbangan tersebut... hehehe.. flight ke Malaysia pada pukul 9.55 pagi dan sampai pukul 3.30 ptg... sampai sahaja di KLIA aku pun trus gi kaunter teksi utk beli kupon dan trus bergerak balik ke USJ... Malang sekali lagi teksi tersebut perlu mengisi NGV kat stesen petronas.. kena tunggu la dan akhirnya aku sampai kat USJ pada pukul 5.30 ptg..... Sampai disini sahaja cerita perjalanan aku... adios....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...