Sunday, February 1, 2009

Makan: Chicken Rice Shop, Giant Shah Alam

Kali ni nak citer pasal makan plak, destinasi yang dipilih adalah Chicken Rice Shop kat Giant Shah Alam. Kisahnya ibunya teringin nak makan so kena bawak gak la. Sampai kat situ dalam kul 5.45 ptg jadi order je la set yang untuk dua orang, nak order set 3 orang khalisah tak bleh makan lagi... hahaha..

Lepas order then kena tunggu plak dalam 15 minit baru sampai makanan yang diorder. Nampak macam best jer, perut pun dah lapar. Tapi tak boleh la nak makan dua orang serentak sebab salah sorang kena dukung baby Khalisah sebab tak bawak stroller utk letakkan dia, nampak orang sebelah ada stroller tapi takde baby, rasa macam nak letak je dalam stroller orang sebelah tuh...

Aku makan dulu la dan ibunya kena dukung Khalisah dulu, hehe lapar dah... tapi tak bleh abiskan terus la sebab mengambil masa gak nak makan. Separuh dah makan tu tukar plak aku yang dukung Khalisah then ibunya pulak yang makan... nyam2 je tengok. Elok je Khalisah tak meragam pun.. tapi memang macam tu pun tak meragam, biasa akan meragam bila lapar susu je..

Ini adalah beberapa gambar yang sempat di snap masa di Chicken Rice Shop tersebut


(Makanan yang diorder, nampak macam banyak jer)


(Khalisah bersama ibunya, ayahnya mana? tgh makan ler..)


(Khalisah bersama ayahnya plak, time utk ibunya makan...)


(Lamanya ibu makan, sampai tertidur ayahnya... hahaha)

Abis makan kitaorang masuk kat dalam Giant sekejap utk carik puting botol susu, nak carik yang kecik dan lembut, yang ada skrg Khalisah tak mau tak tau la kenapa... so lepas beli dua jenis puting botol susu kitaorang pun terus menuju pulang ke USJ... sekian...

2 comments:

luluchen said...

muka ayahnya tension je masa kn pegang khalisah time ibunya makan..hahaha

eiman@nurizan said...

lulu: mana ada tension, ngantuk ada la sebab lama tunggu.. btw cemana bleh guna internet tanpa wayar elektrik??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...