Tuesday, February 3, 2009

Album Baru: Yasin - Arus Qudus 2009



Selepas enam tahun tidak muncul dengan album, penyanyi/ komposer Yasin yang sinonim dengan irama "World Music" kini akan melahirkan album barunya berjudul 'Arus Qudus’. Album ini dijangka akan menemui khalayak di ambang 2009.

"Arus Qudus" merupakan album solo ke-3 beliau, dan tampil dengan konsep "World/ Global Music" di mana ia merangkumi beberapa genre muzik antara lain; Rock, Balada, “Urban” dan Etnik.

Tema utama yang diserap melalui lagu-lagu baru ini adalah berunsur inspirasi “Inspirational” melalui lirik yang kebanyakannya adalah nukilan Yasin sendiri.

Single “Arus Qudus” dan “Bismillah” mengenengahkan guitarist “Man Kidal” yang dibawa dalam genre Rock.

Single ‘Kuala Lumpur’ pula membawa genre muzik urban yang mana diterbitkan bersama SAL (producer dari Dubai). Lagu ini diselitkan hawa nusantara dengan tiupan seruling Mohar (Mohram).

Kali ini Yasin juga mengenengahkan lagu-lagu Balada, antaranya “Kau Yang Mengetahui”, “Hampir PadaMu” dan “Hidup Memang Payah”.

Album ini menampilkan pemuzik-pemuzik ternama tanahair seperti Zahid Ahmad (Drum), Ramli Rebana (Perkusi), Nan (Guitar), Kelly (Bass), Rudi (keyboards), Rosdi (Perkusi), Charmaine (Violin), Salleh (Brothers), Arnieza, Aliah (Phlowtron), Sham (penyanyi dari Dubai), Akbar dan Joe Flizzow.

Yasin mengaku bahawa penerbitan album kali ini amat memuaskan kerana kebanyakan lagu yang terkandung di dalamnya adalah hasil ilham beliau sendiri mengikut citarasa dan inspirasi peribadi beliau.

Yasin - Arus Qudus 2009 (Full Album)

TRACKS:-
01. Yasin & Man Kidal - Arus Qudus
02. Yasin - Kau Yang Mengetahui
03. Yasin - Mimpi Kedamaian
04. Yasin & Arnieza - Hampir Padamu
05. Yasin & Arnieza - Nari Narien
06. Yasin & Man Kidal - Bismillah
07. Yasin, Mohram & Sal - Kuala Lumpur
08. Yasin - Hidup Memang Payah
09. Yasin, Joe Flizzow & Sal - Salam

kredit to: Torrent Jiwang cc <-- klik to join and get the album and more..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...