Tuesday, February 17, 2009

9/2/2009 ~ 12/2/2009: Perjalanan

Kali ni sambungan dari citer yang post sebelum nih, bukan tak nak citer sampai abis kat post sebelum nih, cuma tak larat nak taip jer... hehehe.. So hari bermula seawal pukul 5.00 pagi bangun then siap2 utk memulakan kerja yang sepatutnya... breakfast start kul 7.00 pagi so kitaorang pun breakfast kat hotel mengikut masa yang ditetapkan la.. tapi paham2 je la dah kat tempat orang nak makan daging, ayam pun tak berani... jadi bleh makan makanan yang tak diragui je la...

Seperti yang dah di plan, kitaorang gerak gi factory tu tepat kul 9.00 pagi, perjalanan mengambil masa dalam sejam dari hotel. So kitaorang sampai dalam kul 10.00 pagi. Then perbincangan dan audit supplier tersebut pun bermula... detailnya tak perlu diceritakan kat sini sebab aku just nak citer perjalanan yang agak memenatkan...

Abis aje meeting tu dalam kul 4.00 ptg dah kena gerak gi stesen keretapi, seperti dirancangkan diaorang akan antar ke stesen keretapi yang mengambil masa dalam 1 jam dari factory ke stesen tersebut... sampai stesen orang dah ramai, lepas kitaorang masuk je driver yang antar kitaorang pun balik la, kira dah abis tugas dia selepas hantar kitaorang.. kat stesen tu kira blur gak la sebab sume signboard tulis Mandarin, sapa plak la nak tolong translatekan.. haha.. Jadi kitaorang berpandukan no keretapi je la sebab ia bernombor.

Perjalanan dengan keretapi dari Hangzhou ke Shanghai mengambil masa dalam 2 jam. Yang bestnya dalam keretapi tu ada speed indicator utk kelajuan keretapi tersebut dan ada temperature indicator jugak... So sepanjang perjalanan tersebut temperature yang paling sejuk kat luar keretapi yang ditunjukkan oleh indicator tersebut adalah 8 deg Celcius tapi dalam keretapi di control utk maintain suhu 22 deg Celcius. Kelajuan keretapi jugak ada dicatatkan iaitu paling laju dalam 160km/j... Agak ramai jugak la naik keretapi tu dan keadaan keretapi tu sendiri nampak bersih dan nampak macam baru. Kira selesa la perjalanan tersebut walaupun first time aku naik keretapi... kalau kat Malaysia aku naik pun komuter je, itupun dah lama tak naik dah...

Sampai di Shanghai pun agak pening gak sebab signboard pun tak banyak tulis english, banyak tulis Mandarin jer.. malangnya orang yang dah janji nak amik kitaorang bawak gi hotel tu cancel sebab ada urgent matter utk disettlekan... Jadi terpaksalah kitaorang naik teksi utk gi kat hotel. Hotel yang telah di book kan adalah Ramada Pudong Hotel, betul2 sebelah airport Pudong kat Shanghai... Masa nak naik teksi tu ada sedikit kekeliruan sebab driver teksi tu tak reti nak baca english.. Aku pun tak plan la nak translate nama hotel tu ke bahasa Mandarin, nasib baik ada officer yang jaga teksi tu paham jugak la dan dia explain kat driver teksi tu mana kitaorang nak pegi..

So lepas segalanya selesai, kitaorang pun naik la teksi tersebut, dan rasanya pemandu teksi tu masih tak berapa paham mana kitaorang nak pegi.... dia pun tepon orang yang dia kenal yang paham english then explain ke mana kitaorang nak pegi.. akhirnya dia pun tahu tujuan dan lokasi hotel tersebut.. kalau tak tau gak entah ke mana la dia hantar kitaorang.. hahah ... Sampai kat hotel dalam kul 11.00 pm, perut lapar sebab tak makan lagi, kedai kat hotel tu dah tutup, jadi apa lagi bedal megi je la... hahaha.. apa nak buat dari nak merayau2 baik bedal megi je depan mata.. Bersambung....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...