Sunday, February 15, 2009

07/2/2009 ~ 12/2/2009: Trip to Oversea

Perjalanan bermula pada hari Sabtu (7/2/2009) di mana pada ketika itu aku berada dalam keadaan demam yang agak kuat, badan terasa panas dan kalau tak ingatkan tiket flight dah beli memang aku tak gi la.. Tapi aku kuatkan gak semangat utk pegi, prepare barang nak bawak pun lebih kurang aje, baju bawak dua tiga helai jer, malas bawak banyak2 bukan pakai semua pun....

So flight aku dari LCCT ke Hangzhou pukul 5.25pm ~ 10.35pm, lebih kurang 5 jam lebih duk dalam flight, agak lama dan penat la duduk dalam flight. Dari USJ aku naik teksi, memula nak tepon teksi pun blur, tak tau mana nak carik teksi, try usha kat internet then try call. Alhamdulillah dapat teksi dan booking suh amik kat umah USJ pukul 2.30pm. Sebab apa pegi awal sangat? Sebabnya time utk check in seawal 3 jam sebelum masa berlepas. Lagipun dah janji ngan bos nak jumpa kat sana dalam kul 3.30pm.

Aku sampai kat LCCT dalam pukul 3.10pm, laju jugak la teksi tu bawak, dah la lalu jalan lain, lalu kompleks Bunga Raya pastu pusing mana ntah tetiba dah sampai kat LCCT. Sampai kat situ aku pun call bos mana la tau dia dah sampai awal lagi dari aku.... Rupa-rupanya dia tak gerak lagi dari rumah, hahaha terkantoi la aku kena tunggu. Dari rumah dia amik masa dalam sejam lebih.. maknanya aku kena tunggu sepanjang masa dia nak datang tu ler.. nasib2.. aku pun lepak kat luar la sambil usha2 pramugari Airasia pakai baju kaler merah, ngeh ngeh ngeh.. kot2 ada Dania ke bleh gak tegur.. TV addicted tul aku nih.. haha

Bos aku sampai dalam kul 4.30pm, trus kitaorang gi check in, masa check in tu tak ramai orang so cepat la kitaorang lepas kat check in tuh.. lepas tu kitaorang trus gi boarding sebab dah tinggal sejam lagi nak berlepas. Sementara tunggu nak berlepas tu bos suh aku pegang duit sebab dah banyak sangat dia tukar duit tu, so utk kurangkan skit dalam poket dia aku kena pegang skit. Sepatutnya separuh aku pegang la sebab budget dalam RM9,000 utk travel dua orang. Sebab nak cepat clear advance claim tu bos guna nama dia sorang trus. Aku ok je sebab tak perlu nak pening bawak duit advance dan bayar bil2 yang kena bayar ler..

Pukul 5.15pm gate utk gi kat Flight dah dibuka so kitaorang pun trus ikut la penumpang2 lain utk pegi kat flight tersebut. Agak jauh gak la sampai lenguh gak la kaki sebab jalan kaki.. haha.. Nasib baik flight AirAsia XL ni dah siap2 ada seat number.... so tak yah la nak berebut2 naik utk dapatkan seat yang selesa... Pukul 5.30pm kapal pun berlepas ke udara utk menuju ke destinasi.

Selepas sejam lebih berlepas makanan pun dihidangkan, ingatkan dah include sekali masa booking tiket sekali dengan meal, rupanya tak... nampaknya kena beli la dalam tuh... Kitaorang makan nasi ayam, sebab tengok dalam tu macam sedap jer... nyam2... Tapi malangnya bila sampai je makanannyer tengok macam tak lalu je nak makan, hahaha.. disebabkan harganya agak mahal aku pun jamah gak la beberapa suap, itupun sekadar nak kasi masuk dalam perut je, tekak dah tak terasa nak makan pun bila tengok keadaan makanan tersebut.. hahah...

Lepas makan sementara nak tunggu sampai destinasi so aku pun tido la, tapi tak berapa nak lelap sangat la mata, cuma sesekali terlelap gak la.. Sampai kat airport Hangzhou dalam pukul 10.20pm, keluar dari airport dah ada orang tunggu utk bawak kitaorang gi hotel... masa tu dah tak larat+ngantuk, tau nak sampai hotel, mandi dan trus tido... Kitaorg naik BMW X5 dari airport ke hotel, jadi agak best gak la dan tak terasa lama perjalanan dari airport ke hotel, mengambil masa sejam lebih. Lepas check in trus gi ke bilik, mandi dan trus tido....

Kisah seterusnya akan disambung dalam post lain

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...