Tuesday, January 20, 2009

18/1/2008: Perjalanan Hari Ahad, LCCT & Pasar Tani

Seawal pagi pukul 5.00 pagi dah bangun utk bersiap2 menghantar Maa gi LCCT, kena gi awal sebab flight Maa kul 7.40 pagi, so kena gi awal la sebab nak kejar Subuh kat LCCT. Baby Khalisah pun takde masalah nak bangun awal2, so lepas siap2 sume perjalanan ke LCCT dari USJ dalam pukul 5.45 pagi. Pagi itu takde la banyak sangat kenderaan atas jalan, so cepat je la sampai kat LCCT, sampai dalam kul 6.20 pagi, memula ingat nak kena parking tapi tak jadi sebab Ibu ngan Khalisah gi turun utk tolong Maa gi check in, then kena la tunggu kat area2 LCCT utk tunggu siap Maa check in, tak lama lepas tu dalam 10 minit kemudian Ibu ngan Khalisah pun dah kuar dari LCCT, terus gerak. Plan asal nak gi solat kat RNR Dengkil tapi memandangkan masa dah semakin suntuk terpaksa solat kat Petronas depan Litar Sepang, sampai kat situ dalam kul 6.45 pagi.

Lepas solat terus gerak gi Pasar Tani kat Stadium Shah Alam, nak gi beli barang basah utk masak. Kira second time bawak Khalisah gi tempat ramai orang. Sampai kat Pasar Tani dalam kul 745 pagi, seawal itu pun orang dah ramai dah agak susah nak parking. Jenuh gak carik parking baru jumpa yang dekat dengan Pasar Tani.

Lepas parking terus kuarkan stroller Khalisah dah bawak dia gi tempat beli barang2 basah. Aku jaga Khalisah dan Ibu gi beli barang2 kat situ. Nak kena cepat2 beli sebab takut nanti panas Khalisah tak selesa pulak. Khalisah ni susah skit kalu kena panas badan akan naik merah2, agaknya turun dari aku kot, sebab aku pun kalu kena panas akan naik merah2 kat badan.. haha. Barang2 yang dibeli seperti berikut:

1. Ikan
2. Sotong
3. Sayur2an
4. Daging Ayam
5. Daging Lembu
6. Kebab
7. Sup Gearbox

Macam banyak je beli, nasib baik stroller Khalisah boleh letak barang2 tersebut, so tak perlu nak pegang kat tangan la macam biasa. Abis semua beli barang tu dalam 8.45 pagi dan matahari pun dah agak2 naik, so trus gerak balik rumah.

Pengalaman kali kedua bawak Khalisah kali ni pun tidak mendatangkan banyak masalah cuma agaknya dia terasa panas sebab keadaan Pasar Tani tersebut memang macam tu, so adalah gelisah2 sikit dan kena main2 ngan dia baru dia ok, tapi secara keseluruhannya semuanya berada dalam keadaan baik2 sahaja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...