Friday, January 30, 2009

Centralise: Pindah Ofis, Gotong Royong

Seperti tajuk post di atas, proses centralisation telah di plan kan utk dilakukan pada awal Februari 2009. Ada beberapa staff dari beberapa cawangan lain akan di transfer kan ke setiap division yang telah ditetapkan. Bagi division STC, akan ada tambahan 3 staff untuk memantapkan lagi operasi syarikat.

Briefing utk menukar susunan opis telah diadakan pada sebelah petang semalam (29/1/2009). Lepas briefing masih ada masa lagi then start dari design team nyer meja. Agak penat jugak la sebab meja design tu berat2 sume nyer, jadi lepas dapat memindahkan tu dah pukul 5.20ptg. Dah hampir time nak balik so kitaorang kemas lebih kurang dan akan disambung esoknya.

Pagi hari ni (30/1/2009) aktiviti disambung semula, dimulakan dengan briefing supaya tidak kelam kabut semasa melakukan aktiviti ini. Abis briefing masing2 memulakan kerja masing2 utk menyusun meja dan perkakasan seperti yang telah ditetapkan.. agak letih jugak la sebab dah lama tak buat kerja2 angkat mengangkat nih.. selalu duk depan pc je, kira kuar peluh lebih sikit la.. Ini adalah antara gambar2 yang sempat di ambik semasa aktiviti tersebut dijalankan...


(Masing2 sibuk berborak ke mengemas yer?... eh sempat lagi tepon nih, ngelat eh? haha)

Aktiviti berterusan sehingga pukul 10.00 pagi... tapi sebelum kul 10 tu masing2 dah agak2 lapar sebab penat bekerja menyusun meja agaknya.. sekalu takde plak rasa nak makan pun.. hehe.. nasib baik koordinator bahagian makanan, iaitu Kak Yat dah ready dengan makanan yang telah disediakan.. fuhhh best je makan dalam keadaan kelaparan.. apa lagi serbu la.. antara menu yang ada seperti di bawah nih...


(Roti gulung berintikan sardin... nyam2 best dan sedap..)


(Mee goreng.... antara pilihan yang ada.. sedap gak sebab aku makan mee nih.. hehe)


(Nasi goreng.. agak2 macam sedap kot.. hehe)


(Tambahan kuih muih yang ada.. karipap, favorite aku ngan kuih ijau nih aku tak tau nama dia...)

Selepas masing2 kenyang aktiviti disambung semula... rasa bersemangat selepas mengisi perut masing2... lepas makan kalau tak kuat lagi tak tau ler.. hehe


(nampak macam dah hampir siap... eh macam cik kupu2 je.. amik tender lap2 meja rupanya.. haha)

So aktiviti dihentikan utk masing2 gi solat Jumaat... masa solat jumaat aku rasa ngantuk giler.. nasib baik tak tertidur (ye ke? cover line skit2)... Lepas solat jumaat tu gi makan dulu kat kedai sebelah ofis Dato Dr Fadzilah Kamsah.. apa ntah nama dia aku lupa plak.. makan tengahari makan nasi + ayam masak lemak + sayur daun cekur (cam citer rona roni makaroni plak..)

Sekembalinya ke opis aktiviti disambung semula tapi dah hampir 80% siap so takde la penat sangat belah petang.. kira angkat sikit2 je dan kemaskan segala wayar2 komputer utk nampak lagi kemas... nampaknya masing2 dah letih then kul 5.30 ptg trus balik rumah... adios...

4 comments:

El Rosa Leya said...

awww... i'm first.. hiksss

sama la kita.. sama-sama pindah opis..

nurizan said...

aaaa? kita pindah opis yang sama? takde pun.. hahhaha

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. said...

kuih hijau tu nama dia seri ayu. hu3...mmg sodap

nurizan said...

Gadis Kalis Peluru: Ayu sungguh kuih itu, bleh ajak dating la camni.. keh keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...