Monday, January 26, 2009

25/1/2009: Kenduri Kahwin di Brickfields

Pada hari Ahad lepas iaitu 25.1.2009 kami berjalan2 ke Brickfields utk menghadiri kenduri kahwin sedara2 belah isteri. Tak tau la cemana susur galur kaitannyer. Kitaorang pada awalnya plan nak gi awal pagi konon2 nak datang awal nak tengok time menikah. So hadiah utk dibawa ke majlis kenduri kahwin tersebut telah dibeli di Plaza Alam Sentral sehari sebelumnya (24.1.2009) itupun hadiah kongsi2 sesama adik beradik belah isteri. Pastu plak yang bestnya masa gi Plaza Alam Sentral tu sekali amik produk kesihatan utk mak mertua aku yang berharga lebih kurang RM2,700.00 (mahalnya!!) tapi nasib baik tolong amik je, semua kewangan telah disediakan... haha

Jadi pagi ahad tu kitaorang gerak dari umah Meru dalam kul 11 pagi (kalau tak salah ingatan la) so perjalanan ke Brickfields tanpa halangan jem, agaknya sebab orang ramai balik kampung utk cuti Tahun Baru Cina, tu yang lengang je jalan, kalau keadaan biasa jgn harap lengang camtu. Sampai aje kat rumah pengantin usha2 ramai dah sedara2 belah isteri yang dah sampai, diaorang port baikkkk punya, bawah pokok kat tempat parking keta... haha macam best jer berkelah kat bawah pokok, nasib baik tempat tu kira tak panas + berangin, so kira best gak la...

Tak lama lepas sampai tu pun aku ngan isteri gi makan kenduri dulu la sementara tak ramai orang dan menunggu pengantin lelaki tiba, dijangka tiba dalam kul 2.30ptg, mak aihhh lambat lagi, time tu baru pukul 12.45 tghari... lambat lagi nak sampai pengantin lelaki nih, touch up lebih2 sangat agaknya nak kasik hensem.. hahah.. so aku pun gi la dulu makan nasik kenduri, lauknya kira ok gak la cuma kurang rasa sedap, itu bagi aku la tak tau la bagi orang lain.. hehe.. lauk2 yang ada seperti nasik putih & nasik minyak, kuah dalca, ayam masak merah, sayur nangka masak lemak, rendang daging dan buah tembikai.. nyam2 ... masa makan tu memang tak ramai sangat orang tapi meja pun penuh, kalau ramai2 duk serang tak tau la mana nak duduk... hahaha... sementara menikmati hidangan kami dihiburkan dengan marhaban dari kumpulan marhaban bangsar (detailnya tak ingat sebab tengah syok makan... keh keh keh)

Lepas makan tu usha2 lebih kurang dan salam2 dengan orang yang sepatutnya kami pun kembali ke tempat berkelah di bawah pokok sementara menantikan pengantin lelaki tiba.. time tu matahari dah agak2 panas, aku pun dah kurang selesa tapi yang bestnya Khalisah relax je walaupun ngantuk2, mintak didukung aje, kalau tak mula la meragam. Nasib baik ada ibunya so ibunya la mendukung Khalisah, ayahnya lepak2 je bawah pokok berlindung dari panas matahari.

Tepat jam 2.30 ptg pengantin tak muncul2 lagi, lebih kurang kul 2.4o ptg baru muncul dengan kereta, bersama2 famili dari Johor, so kitaorang pun ready la dengan kamera masing2 kunun2 nak jadik kameraman tak bertauliah ler. Bila kompang berbunyi so pengantin lelaki pun berjalan ke rumah pengantin perempuan, untuk disatukan dan disandingkan dipelamin yang telah disediakan.. ketika itu flash2 kamera berkelip2 menandakan begitu ramai yang mengambil gambar, ada yang menggunakan kamera digital, kamera phone, tak ketinggalan juga kameraman profesional 3 orang (ramainya...)

Selepas mengambil gambar pengantin di atas pelamin (untuk dijadikan bukti kehadiran di majlis tersebut) kitaorang pun gerak la balik ke rumah, masa tu jam dah menunjukkan pukul 3.15 ptg, huh tak solat zohor lagik, so bajet2 sempat la sampai rumah utk solat zohor dengan menggunakan jalan yang dijangkakan kurang jem. Kami melalui jalan Bangsar yang tembus ke Damansara then exit kat tol Damansara utk menuju ke NKVE, sampai di NKVE trus tekan minyak berdesup kelajuan kereta yang tak laju pun sebenarnya... haha... tapi sempat la sampai kat rumah dalam kul 4.00 ptg. Lepas solat zohor dan menidurkan Khalisah tanpa disedari kami pun tertidur sama... ZZzzZZzzZZzz.....

p/s: Sengal nyer imageshack aku nak upload gambo pun tak lepas... so takde la gambar dalam post kali nih

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...