Sunday, December 21, 2008

Mawi bernikah dengan Ekin dengan sekali lafaz




JOHOR BAHRU: Juara Akademi Fantasia (AF) 3, Mawi atau Asmawi Ani, 27, selamat diakad nikahkan dengan sekali lafaz dengan pasangannya Ekin atau Nora'ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd Said, dengan disaksikan sanak saudara kedua-dua pasangan. Satu majlis resepsi keluarga Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam ini.

Pada 28 Disember ini pula, majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak dengan kehadiran jemputan dianggarkan 15,000 orang tetamu termasuk peminat dari seluruh negara. Mawi turut dijadual menghiburkan peminatnya pada konsert di padang Felda secara percuma sebagai penghargaan kepada tetamu dan peminat yang hadir memeriahkan hari bersejarah itu.

Sumber: Berita Harian Online.

3 comments:

♥S@R@♥ said...

salah sorg sponser mawi n ekin khwn..hehe

tp nnt klu sara khwn sara xnk mr.eiman sponser story kt blog ni tp sponser la kek 10 tingkt ke..haha pakej melancong ke..or kereta kuda ke cam kete cinderella 2 ke..haha sudah merepek daaa..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. said...

hho..asal x nmpk bersreri pon depa nie eh..tk nmpk kelainan yg boom pon.nmpk mcm biasa sgt je..gmbar kwen kt stadium pon biasa sgt..tk nmpk berseri..huhuuh..jodoh smapai bila tataw la.Allah dh tentukan

nurizan said...

nampak berseri tu cemana? cuba explain skit.. hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...