Friday, December 12, 2008

Hari Raya Korban 2008@Kelantan


Aku balik kelate hari sabtu pagi, betul2 lepas subuh kul 615 am aku gerak. Perjalanan ok la tak jem apda mulanya tapi bila dah sampai kat Kuala Krai dah start jem, patutnya dari Kuala Krai ke umah dalam setengah jam aje tapi dah amik masa lebih dari sejam. Aku sampai ngam2 azan zohor kul 1.00 pm.


Aktiviti korban dilakukan pada hari Isnin selepas solat sunat aidiladha, giliran penyembelihan kat umah aku no 4, so pak imam gi sembelih kat rumah orang lain dulu. Dalam masa menunggu tu sempat la mencekik nasi kerabu... 2 pinggan nasi kerabu gak la masuk dalam perut aku.... hoho

Dalam kul 10.00 am pak imam pun dah datang utk melakukan aktiviti penyembelihan. Kami pun pergi kat lembu yang telah ditambat dibelakang rumah nenek. Agak mudah juga utk menumbangkan lembu tersebut sebab tidak ganas pun! relax je macam dah tau je nak kena korban/sembelih. Selesai sahaja aktiviti sembelihan itu pak imam pun meneruskan kerumah orang seterusnya dalam giliran yang telah ditetapkan

Aktiviti melapah daging agak lambat dilakukan sebab kitaorang ada dalam 4 orang je, dah tu semuanya amatur, kurang pengalaman... so aktiviti tersebut hanya selesai dalam kul 3.00 pm. Letihnya tak bleh nak cakap ler.. selesai je aku pun trus gi mandi + solat zohor... lepas tu baru ok skit la kurang skit letihnya.. dalam kul 3.30 pm pun aktiviti makan dah bleh dilakukan.

Daging tersebut telah siap dibahagi2kan utk disedekahkan sebahagiannya. Lupa plak yang lembu tersebut 6 bahagian utk korban dan satu bahagian utk aqiqah. So selepas maghrib orang kampung telah dijemput utk makan2....

P/S: aku dah tak berapa ingat aktiviti yang lain sebab dah beberapa hari... lain kali aku trus update jer...


2 comments:

teddi said...

selamat hari raya korban walaupun dah lepas

nurizan said...

selamat2... ni update blog pun cam ingat2 lupa jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...